PERMINTAAN 3
~Aki~
Ku Mahukan Suaramu
Tamat sahaja waktu sekolah, aku bergegas ke bilik ‘Kelab Muzik Ringan’ atau lebih dikenali sebagai ‘Kelab Band’. Pelajar-pelajar di sekolah ini enggan memanggil kelab itu sebagai kelab muzik ringan kerana bunyinya terlalu skema. Aku menuruni tangga hingga ke tingkat bawah tanah. Istimewanya sekolah ini adalah pihak sekolah telah menyediakan aras bawah tanah untuk pelajar-pelajar bermain alat muzik. Tujuannya, tidak mahu bunyi bising mengganggu sesi pembelajaran sekolah. Pelajar pun selesa bermain alat muzik tanpa gangguan. Sebenarnya, itulah tujuan utama aku pilih sekolah ini, Sekolah Menengah Tinggi Ao Sora.
Tiba sahaja di aras bawah tanah, aku berlari ke hujung koridor, di mana terletaknya ‘Kelab Band’. Aku membuka tombol pintu dan kelihatan tiga orang ahli yang lain telah bersedia dengan alatan muzik masing-masing. Ouma, pemain gitar manakala Jun pemain drum. Satu-satunya ahli perempuan kelab ini ialah Eve, pemain keyboard.
“Ha! Sampai pun Aki! Lambat pula kau hari ini ya. Ada hal ke?” sambut Ouma setelah melihat kemunculan aku di muka pintu. Aku melihat jam pada dinding, 3:00 petang. Nampaknya aku lewat 15 minit. Padanlah muka Eve macam bengang semacam sahaja. Sah-sah lah diorang ini tunggu aku.
Aku menutup pintu lalu meletakkan beg sekolah aku di atas meja. Beg gitar yang aku sandang sejak keluar kelas tadi aku meletakkannya di atas lantai dan membukanya dengan berhati-hati agar isi di dalamnya tidak jatuh dan pecah. Jika perkara itu berlaku, tidak makanlah aku sebulan. Bukannya ikat perut mahu beli gitar yang baru, cuma tidak ada selera hendak makan. Mahu dijadikan cerita, gitar ini ibarat girlfriend aku. Kalau gitar ini tidak ada,aku makan tidak kenyang, mandi tidak basah dan belajar pun takkan masuk kepala. Eve kata kalau aku terus menjadi sebegini, takkan ada perempuan yang mahu. Tetapi, aku tidak kisah pasal cinta dan semua itu sebab bagi aku sudah ada gitar dan muzik, hidup aku sudah lengkap. I don’t need anything.
“Yo Aki! Whazzup dude? Apasal lambat? Entah-entah ada awek luahkan perasaan dekat kau ke? Kalau betul, untunglah kau dude!” Jun ketawa terkekek-kekek. Jun terkenal dengan stailnya sendiri iaitu rapper. Mahu kata the only rapper dekat sekolah ini pun boleh juga sebab buat masa ini aku tidak pernah nampak lagi mana-mana pelajar lain yang rapper.
“Kau jangan nak mengarutlah Jun! Takkanlah ada perempuan yang ada hati dekat mamat scary ini?! Gitar itu dah macam kekasih abadi dia, tak ke scary plus weird? Kalaulah ada… sah perempuan itu gila sama!” Eve seperti biasa, dengan mulut berbisa dia itu. Walaupun Eve merupakan JUNIOR kitorang, tetapi dalam kelab ini dia lah yang Queen Control or Lady Boss or yang paling baran sekali. Pendapat aku lah, mamat yang gilakan dia lagi sah gila. Mana tidaknya, asyik merungut, mulut celopar dan nak marah sahaja. Kalaulah aku jadi boyfriend dia, aku tidak tahan. Aku rasa kalau aku orang itu, baru siang couple, malam itu sudah minta clash. Muka sudah cukup cantik, tetapi perangai… Aduh… Aku pun pening.
“Korang ini kalau sehari tidak gaduh tidak boleh ke?” Aku mengeluh.
“Kau datang lambat ada hati nak tegur kitorang? Tolonglah!” Eve membalas.
“Korang gaduh pasal aku juga kan?” soalan aku itu membuatkan Eve senyap. Dia tidak dapat membalas soalan itu. Wajahnya masih lagi marah terhadap aku namun pipinya kemerahan akibat malu. Ya lah, mahu cari pasal tetapi kena dekat diri sendiri balik. Dalam kelab ini, aku seorang sahaja yang boleh menzipkan mulut Eve. Even the president of this club, Ouma, couldn’t shut her mouth. Ouma itu baik sangat. Patutnya kalau sudah tidak puas hati, sound sahajalah. Budak Eve itu kan junior. Tidak salah pun kalau nak sound sekali sekala.
“Aku sudah siapkan lagu untuk Festival Day yang akan berlangsung bulan depan. Aku lambat sebab aku tertinggal lirik lagu dekat kelas tadi,” aku memberi lirik dan not muzik itu kepada Ouma.
“Lagu ini… duo?”
“Ya, dua orang nyanyi… Kalau kau tengok lirik itu, tentang dua orang lelaki rebutkan cinta seorang gadis…”
“Woah! Awesome gila! Aku tak sabar nak main lagu ini! Tajuk dia... Tajuk dia apa?”
“Tak…Tak bagi lagi…”
“Oh kalau begitu, tidak mengapalah. Lagipun, ada banyak masa lagi nak fikir tajuk. Sekarang ini, kita berlatih sahaja lagu baharu ini! Aku tengah bersemangat ini!”
Aduh! Okey, sekarang aku rasa bersalah. Sebenarnya, dua hari yang lepas, Ouma berjumpa dengan aku untuk bertanyakan tentang lagu baharu. Boleh kata setiap hari dia ingatkan aku untuk siapkan lagu itu. Masalahnya, aku bukannya tidak siapkan lagu itu, cuma aku rasa ada something wrong dengan lagu itu. Something wrong yang macam ada something yang empty. Aku tidak tahu di mana salahnya dan tidak tahu di mana puncanya. Ouma pula mendesak, aku pun redha sahajalah.
Masalah kedua pula, aku ini dikenali sebagai budak genius dalam dunia muzik. Sepanjang aku hidup, lagu-lagu yang aku nyanyi semuanya aku yang buat sendiri. Sudah kata budak genius, aku mestilah mahu yang terbaik. Bukan hendak bangga, cuma aku ini cerewet sikit bab-bab ini. Aku mahu nyanyi lagu yang berkualiti. Ah! Tidak mengapalah! Manalah tahu lepas main sama-sama aku akan rasa lagu ini best pula ke. Who knows what will happen. Citarasa boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.
“Woi Aki! Termenung apa lagi. Get ready lah bro. Kitorang dah nak start main ini… Kau itu bass, the most important in band. Kalau kau tidak ada, kitorang tidak boleh nak mula berlatih,” tegur Ouma.
Aku melihat Ouma. Nampaknya dia ini bersemangat betul. Dah sedia dengan gitarnya. Jun dan Eve pun sudah sedia dengan alatan masing-masing. Aku memang tiada pilihan lain kan? Aku mengambil gitarku dan pergi ke tempat yang disediakan untukku iaitu berada di tengah, tempat vocal. Ya, aku merupakan pemain gitar bass dan dalam masa yang sama juga, aku adalah penyanyi vocal dalam band ini. Aku ingat lagi ketika aku di tahun satu dekat sekolah ini, Nat, budak satu bilik dengan aku gelakkan aku apabila dia dengar aku masuk kelab band. Lebih-lebih lagi dia tidak sangka aku yang menjadi penyanyi vocal dalam kelab itu. Yalah, aku ini pendiam orangnya. Orang tanya seratus patah, aku jawab sepuluh patah sahaja. Katanya, aku ada rupa tetapi perangai tidak sesuai untuk menjadi penyanyi vocal. Katanya, selalunya penyanyi vocal gila-gila orangnya. Tetapi pada tahun lepas, setelah melihat persembahan aku di Festival Sekolah, dia terus mengenepikan persepsinya itu. Boleh kata dia sentiasa menyokong aku apabila melibatkan muzik. Lagu baru ini pun dialah orang yang pertama mendengarnya. Katanya, aku sudah improved daripada yang sebelumnya, tetapi aku tidak setuju kerana aku dapat merasakan aku ada sesuatu yang patut aku isi dalam lirik lagu tersebut tetapi aku tidak tahu di mana silapnya.
“Ready?One, two, three!” laung Ouma lalu memulakan rentak. Aku memulakan nyanyianku.
---------------------------------------------------------------------
biru: Aki
hijau: Ouma
---------------------------------------------------------------------
SEPIA iro ni somaru
Mioboe no aru joukei
Taikutsu na sora miagete wa
Tameiki majiri no gogo
(Being dyed into a sepia color,
it is a scene I have seen before.
Gazing up at the listless sky,
I see an afternoon mixed with lamentation.)
Kodoku oshitsubusare kurutte shimai sou
Ubawareta kioku mo uso mo shinjitsu mo
Omoi shizume zankoku ni sugisaru jikan
Naze koko ni iru no ka sae shirazu ni
(I feel like I'm about to be crushed into pieces by loneliness and lose my sanity.
The memories robbed away from me, the lies, and the truths,
are being sunk by the cruelly passing time.
I don't even know why I'm here.)
Tada
Kanjou no nai mama bara bara no kokoro o tokashite yuku
Omoidasenai taisetsu na mono o
(All I know is that I,
without any emotions, am melting my ripped heart away.
I am unable to remember what is precious to me.)
Remember
Kegareta tsumibukaki ai (Kegareta)
Jikan ga moshi modoseru nara (Ai o modoseru nara)
Anata to sugoshita azayaka na (Sugoshita kisetsu)
Kisetsu o mou ichido shiritai (Mou ichido shiritai)
(I will remember
our sullied and deeply sinned love. (If I can...)
If I could rewind time, (...restore our sullied love,)
I would like to live one more time (I would like to live through...)
through that vivid season we once lived through. (...our season one more time.) )
Remember
Oshiete kuuhaku no mama (Oshiete)
Doushite namida wa koboreru? (Namida wa koboreru)
Toki o kakemeguri ano basho e (Toki kakemeguri)
Nukenai itami no wake wa doko ni? (Nukenai itami no wake wa)
(I will remember.
Tell me why my tears wouldn't stop (Tell me...)
in this blank space and time. (...my tears wouldn't stop.)
I will dash through time towards that place. (Dashing through time...)
Where can I find the reason for this inescapable pain? (...why can't I escape this pain?) )
Nureta kami o hodoki
Kawashita kuchizuke no ato
Zankoku ni mukuchi na
Anata no hitomi no oku ni
(After we let down our soaked hair
and left kiss marks on each other,
while you remained painfully silent,
I could see deep down in your eyes)
Koko kara sukutte to eien o yakusoku shita
Doku ni nomikomare muyuubyou no you ni
Azayaka sugite mienai anata no yokogao
Mabushiku terasareru hikari wa maboroshi
(that you were asking someone to get you out of the eternity bound onto you
by a poison that was engulfing you, as though you were sleep-walking.
The light that's dazzlingly shining on your face,
making it almost too bright for me to look, is only a mirage)
Remember
Kegareta tsumibukaki ai
Jikan ga moshi modoseru nara
Anata to sugoshita azayaka na
Kisetsu o mou ichido shiritai
(I will remember
our sullied and deeply sinned love.
If I could rewind time,
I would like to live one more time
through that vivid season we once lived through.)
Remember
Oshiete kuuhaku no mama (Oshiete)
Doushite namida wa koboreru? (Namida wa koboreru)
Toki o kakemeguri ano basho e (Toki kakemeguri)
Nukenai itami no wake wa doko ni? (Nukenai itami no wake wa)
(I will remember.
Tell me why my tears wouldn't stop (Tell me...)
in this blank space and time. (...my tears wouldn't stop.)
I will dash through time towards that place. (Dashing through time...)
Where can I find the reason for this inescapable pain? (...why can't I escape this pain?) )
Remember
Torimodoshita kioku no (Kioku no)
Hahen ga mune o shimetsukete (Hahen mune shimetsukete)
Kimi ga satta kotae o shiru tabi (Kimi ga satta)
Oroka na jibun o ayamete mo (Jibun o ayamete mo)
(I have remembered.
The shards of the memories I have recalled (The shards of my memories...)
are now tightening around my chest. (...are tightening around my chest.)
When I have learned of the reason of your disappearance, (You have disappeared...)
even if I must end up killing my foolish self, (...even if I must kill myself.) )
Remember
Tsunagatta kizuna no ito (Kizuna no)
Itsuka musubareru you ni to (Ito ga itsuka)
Kurikaeshi inori o sasageru yo (Kitto ai sasageru yo)
Tatoe kore ga ayamachi dato shitte mo... (Kore ga ayamachi to shitte)
(I will remember.
I'll keep praying and praying, (The strings of our fate...)
for the once-tied strings of our fate (...will one day...)
to be tied together once again, (I will offer up my love...)
even if I know this is a sin... (...knowing that it's a sin.) )
Remember
Yami ni ochiteku
(I will remember.
I'll let myself plunge into darkness.)
Remember
Don't remember me.
Setelah tamat sahaja lagu itu dimainkan, semua ahli bersorak keriangan kecuali aku.
“Bestlah lagu kali ini Aki! Kau memang genius!” sorak Eve.
“The best lah bro!” sorak Jun sambil buat gaya rapnya.
Aku pula, diam seribu bahasa. KECEWA dengan lagu yang telah aku dan kawan-kawan aku mainkan. Aku masih dapat rasakan ada sesuatu yang aku tertinggal dalam lirik, tetapi aku tidak tahu apa yang aku tertinggal. Tiba-tiba aku terasa seseorang menyentuh bahuku, Ouma.
“Kau macam tidak happy sahaja… Kau sudah improved, memang gempak lagu ini. Aku rasa kalau kau hantar lagu ini dekat syarikat muzik, confirm jadi star terus!”
“Tidak… Aku rasa… aku nak buat lagu baru”.
“Eh, kau biar betul Aki! Festival Sekolah bulan depan! Lagipun, apasal tidak mahu guna lagu ini? Lagu ini memang gempak!”
“Tetapi… lagu ini ada something wrong! Tetapi aku tidak tahu dekat mana silap aku!”
“Rilekslah Aki… Kitorang rasa okey sahaja. Tidak ada apa-apa silap pun,” balas Eve.
Aku mengeluh. Diorang tahu apa? Aku tahu diorang memang genius dalam bermain alat muzik tetapi aku sudah lama terjebak dengan buat lagu. Aku tahu, yakin dan pasti bahawa lagu itu ada sesuatu yang aku patut isi tetapi masalahnya aku tidak tahu apa yang aku patut isi! Argh! Aku berharap seseorang bantuilah otak aku yang tengah serabut hendak fikir benda ini!
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Ku Mahukan Suaramu, permintaan 3