Wajah Nat berubah apabila mendengar perkataan
yang keluar dari mulut aku. Nah, hendak sangat cari fasal! Sekarang keyakinan
kau yang terlebih itu telah memakan diri kau sendiri. Aku tersenyum puas lalu
duduk di tempatku. Aku membetulkan posisiku agar aku duduk dengan selesa. Guru
garang itu pula menyambung pembelajarannya seperti biasa. Semua pelajar
menumpukan perhatian mereka pada pebelajaran guru tersebut kecuali aku seorang
sahaja yang memandang ke luar tingkap.
Nasib baiklah, dapat duduk dekat tepi tingkap.
Dapatlah aku menikmati kehijauan pokok-pokok, siulan burung-burung yang
bertenggek di dahan pokok, cahaya terik matahari musim panas, awan putih yang
berarak dan hujan yang menjadi melodi sebelum tidur. Sejak kecil lagi, aku
sangat suka akan keindahan alam. Aku lebih rela melihat keindahan alam semula jadi
berbanding dengan keindahan rupa paras manusia. Alam sentiasa jujur dengan
keindahannya manakala manusia sentiasa menipu dengan keindahan mereka.
Ah! Baru aku sedar bahawa ini adalah pertama
kali aku kena marah dengan cikgu. Selama ini di sekolah lama, kalau aku buat
kesalahan, guru-guru di sana hanya memandang kes aku dengan sebelah mata atau
menutup sahaja kesalahan aku. Cakaplah apa sahaja kesalahan, semuanya aku
pernah buat. Ponteng sekolah, lewat ke kelas , ponteng kelas, tidak siap kerja
sekolah, tidur dalam kelas dan sebagainya kecuali membuli, mencuri, membunuh,
membawa dadah (dan perkara yang berkaitan dengannya). Apabila guru-guru ditanya
oleh pelajar yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu, mereka akan mejawab, “We treasure our bright hope for the world’s future”.
Meh, give me a break. ‘We
treasure our bright hope for the world’s future’ konon! Itu namanya hendak
menghancurkan harapan negara masa hadapan! Disebabkan jawapan itu jugalah
tersebar berita bahawa aku ini anak V.I.P. dan aku perlu dilayan seperti puteri
raja. Kalau ada yang cari fasal dengan aku akan dibuang sekolah atau ibu bapa
mereka dibuang kerja. Pffft… In the end,
aku dipandang tinggi, ditakuti, sentiasa seorang diri dan kesunyian tanpa
kawan. ‘Our bright hope’? Kenapa? Sebab otak aku genius? Sebab aku cantik?
Sebab aku boleh diharap?
Aku mengeluh. Disebabkan cara mereka layan aku
macam puteri raja telah membuatkan aku turut ikut flow cara hidup tersebut. Menipu mereka dengan cara aku berpakaian
kemas, cara aku mengendalikan semua perkara dengan penuh adab dan sopan serta
cara aku bercakap lembut seakan-akan aku ini sememangnya puteri raja. Rumah?
Malas hendak cerita, aku paling tidak suka balik rumah. Aku ini dianggap buat
semak sahaja dalam rumah itu. Siapalah aku dalam rumah itu kan? Pangkat anak
saudara sahaja. Aku benci keluarga aku, aku benci semua orang di sekeliling
aku, aku benci makhluk yang digelar manusia! Namun, apa yang membuatkan aku
paling benci ialah diri aku sendiri! Aku sanggup tipu diri sendiri! Selama ini
aku sendiri yang hidup dalam penipuan!
Aku dikejutkan dari lamunanku apabila
mendengar tiga ketukan pada meja aku. Aku memandang ke sebelah kananku, mencari
siapakah gerangan yang mengetuk mejaku tadi dan mendapati seorang pelajar
perempuan yang sedang berdiri, tersenyum ceria. Secara tiba-tiba, dia menarik tanganku
lalu menggenggamnya. Matanya bersinar, memandangku dengan penuh minat. Dah
kenapa dengan minah ini?
“Ayase-san! Omae wa honto ni kakoi!” katanya.
Ha…? Apasal tiba-tiba sahaja ini? Kejap! Apa
yang terjadi sebenarnya? Aku tidak berapa faham posisi aku sekarang. Apa yang
aku sudah buat?
“Hahaha… tidak sangka orang cool macam Ayase pun boleh terpinga-pinga.
Comel la pula…” kata pelajar itu lagi.
Perempuan ini dah kenapa? (-__-)
“Nama aku Takara Hotaru. Tetapi sejujur dari
hati, kau nampak sangat cool tadi!”
wajahnya menghampiri wajahku.
“Err… Yoroshiku, Takara-san. Cool? Tadi?” Aku masih lagi terpinga-pinga.
“Ala… masa Yamaguchi-sensei marah
kau! Serius tak tipu, tak ada pelajar sebelum ini yang berani pandang mata
cikgu semasa cikgu marah diorang. Kau orang first
yang buat macam itu. Lepas itu, masa kau balas soalan cikgu tu kau balas dengan
penuh tenang macam tak ada apa-apa berlaku. Cool
gila! Hebat lah kau, Ayase-san!” kata Takara dengan penuh semangat
membuatkan orang lain memandang kami.
Balas dengan penuh tenang macam tak ada
apa-apa berlaku? Hahahahaha… tenang? Kau tidak tahu dalam hati aku macam mana,
kak oi! Rasa hendak terjun bangunan sahaja sebab takut sangat. Garang gila
Yamaguchi-sensei itu! o(>.<)o
“Ayase-san! Boleh aku panggil kau Miako?
Panggil aku Hotaru je,” Hotaru menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku.
Aku menyambut tangannya. Macam mana hendak
cakap ya? Tiba-tiba rasa gembira pula. First
time ada kawan yang sekelas. Tanpa aku sedari, aku tersenyum sendiri.
“Wah! Kau ada senyuman maut, Miako!” Mata
hotaru bersinar lagi. Teruja tidak tentu arah.
“Senyuman maut?” aku memandang pelik.
Pelik-pelik Hotaru ini.
“Senyuman maut… dalam erti kata
lain, senyuman yang boleh buat sesiapa sahaja cair, tidak kira lelaki atau
perempuan,” Hotaru berkata dengan serius sambil membuat gaya ala-ala seorang
guru yang sedang mengajar.
Aku tergelak kecil melihat kelakuan
Hotaru yang begitu teruja menyapaku. Nampaknya, kawan pertama aku sangat
menarik orangnya. Tiba-tiba hotaru memelukku erat. . . . Okey, sekarang aku dengan penuh yakin mengatakan yang
perempuan ini seriously ada masalah! (O_O)
“Erm… ada apa Hotaru? Kenapa
tiba-tiba peluk saya?”
“Wah! Kau panggil aku Hotaru!
Gembiranya~ Kau ni bahaya la Miako”.
“Bahaya?” Tidak silap aku, Eye pun
cakap perkara yang sama pagi tadi.
“Kau senyum pun dah boleh buat orang
cair, apatah lagi ketawa!”
“Oh… jadi sekarang ini awak dah
jatuh cinta dengan saya ke?”
“Hmmm… mungkin,” Hotaru ketawa
kecil.
Mendengar jawapan itu, aku terus
menolak Hotaru daripada memelukku.
“Maaf, awak bukan taste saya. Lagipun saya ini straight,” kataku tegas.
Mengetahui bahawa aku sebenarnya
sedang bergurau, Hotaru turut berlakon sama.
“Ala… Miako reject aku. Nat, pujuk aku~ uhuk uhuk…” Hotaru berpura-pura
menangis lalu pergi ke tempat Nat.
Nat pula, apabila mengetahui yang
Hotaru sedang bergurau dengan aku, tidak mengendahkannya. Dia sempat menjeling
aku sebelum menyambung membaca buku. Nampaknya mamat itu betul-betul bencikan
aku. Apa yang aku telah buat sebenarnya sampai dia benci aku begitu rupa? Aku
tidak faham dengan dia. Melihat kelakuan Nat yang tidak mengendahkan Hotaru,
Hotaru juga naik geram. Tiba-tiba dia memukul kepala Nat.
“Kau dah kenapa?! Kot ya pun, tak
payah lah sampai pukul kepala aku! Hish! Kau ini!” Nat mendengus geram dengan
kelakuan Hotaru padanya.
“Kau tu yang dah kenapa?! Ada
masalah ke? Selalunya kalau aku bergurau, kau layan je… hari ini siap buat tak
endah. Kalau ada masalah, share je
la,” Hotaru memandang Nat serius.
“Kalau aku beritahu pun, kau boleh solve ke masalah aku?”
“Hey, at least aku boleh dengar masalah kau. Kalau simpan lama-lama nanti
jadi masalah mental pula”.
“Kau je yang akan sakit jiwa. Aku
tak~” Nat mula bergurau.
“Apa kau kata?! Oh… ini mesti kes
dah lama tak merasa penangan penumbuk aku ini… Sini kau!” Hotaru mula mengejar
Nat.
Melihat kelakuan mereka yang
keanak-anakan, aku tahu yang mereka rapat. Kejap, sejak Hotaru tegur aku, aku
asyik rasa something is off. Hmmm…
Oh! Kenapa semua rilek semacam sahaja? Sekarang masa rehat ke? Eh? Pelik pula
sebab semua orang ada dalam kelas. Aku mengeluh. Inilah kelemahan aku. Selalu
tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling apabila aku berangan, melihat ke
luar tingkap. Baik aku tanya orang sebelah, sekarang ini masa ke berapa. Tidak
silap, Mimi namanya.
“Erm… Mi-“ aku menghentikan
kata-kataku.
Meja di sebelahku kosong, tiada
orang. Hanya ada beg tergantung pada kerusi. Aku memandang ke belakang dan
mendapati Mimi sedang berborak dengan temannya. Orang yang duduk di hadapan aku
pun tiada. Dia sedang memarahi Nat dan Hotaru kerana bermain di dalam kelas.
Tidak sangka ‘prince’ sekolah ini agak kebudak-budakan ya? Peliklah pula.
Hendak tanya orang belakang, dia sedang tidur dengan nyenyak. Tidak mahu ganggu dia dibuai mimpi. Aku mengeluh. Oh ya! Lelaki yang kena tumbuk dengan Nat semalam! Tempat
dia tidak sejauh mana dengan aku. Mejanya berada di sebelah Nat. Dia pun seperti sedang menulis sesuatu pada buku latihan. Mungkin dia sedang melakukan kerja rumah. Aku berdiri lalu
pergi ke arah lelaki berambut biru itu.
“Ano… sumimasen,” sapaku.
Lelaki itu menghentikan lukisannya
lalu memandang aku. Melukis rupanya. Ingatkan buat kerja sekolah. Lama juga
lelaki itu merenung aku sebelum dia memberi respon yang tidak dijangka.
“W-WAH!! AWEK CUN?!” dia terkejut
lalu terjatuh dari kerusinya.
“Erk! Awak okey?” Agaknya orang di dunia
ini pelik-pelik belaka.
“Aduh… Hilang macho aku,” lelaki itu
berdiri lalu kembali duduk di atas kerusinya.
“Ada apa, Ayase?” katanya sambil
tersenyum ceria.
“Saya cuma nak tahu sekarang masa ke
berapa”.
“Sekarang masa ketiga”.
“Oh, tetapi kenapa semua orang rilek
semacam sahaja?”
“Hari ini ramai cikgu yang cuti
sakit. Kelas kita tidak ada cikgu sampai masa rehat”.
“Padan la… Oh ya, macam mana dengan
pipi awak? Kuat juga Nat tumbuk awak semalam”.
Tiba-tiba muka lelaki itu menjadi
merah.
“A-aku okey je…. Dah biasa kena… Erm
Ayase…”
“Ya?”
“Kau... kau itu sudahlah di dalam
kategori manusia yang bahaya, tolong jangan bahayakan diri sendiri boleh tak?”
Wajahnya semakin merah.
.
. . (o_O)?
“Okey… Walaupun saya tidak berapa
faham dengan apa yang awak katakan. Apa-apa pun, terima kasih… erm…” aku
melihat nama pada buku notanya.
“Terima kasih, Mikaze-san,”
sambungku lalu beredar pergi ke ke tempatku.
Terima kasih? Hmmm… aku tidak berterima
kasih lagi pada Nat. Aku memandang Nat yang sedang mengejar Hotaru. Walaupun aku tidak faham kenapa dia tidak habis-habis cari fasal dengan aku, tetapi tadi dia telah menyelamatkan aku. Habis
sekolah nantilah aku cakap terima kasih. Sekarang dia macam sibuk sahaja. Aku
menyambung anganku dengan memandang ke luar tingkap.
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Mia, Perjalanan Baru Bermula!, permintaan 4