“Jangan
kata korang mengharapkan saya yang akan menyanyi bahagian watak ketiga itu?”
Ayase berjalan beberapa langkah ke belakang. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa
dia tidak senang akan keputusan aku dan rakan-rakan yang lain.
“Tetapi, kau punya suara dap….”
“Maaf. Maafkan saya. Saya tak
boleh terima tawaran korang,” Ayase memotong percakapan Ouma sebelum dia dapat
menghabiskan ayatnya.
“Hey, pretty lady. Don’t be too hurry yo! Jangan tolak tawaran yang
datang hanya sekali seumur hidup. Kitaorang boleh beri kau masa untuk berfikir,
kan Aki?” Jun memandangku dengan penuh semangat.
Aku hanya mendiamkan diri tanpa membalas
semula soalan Jun. Dia ini… lagi sebulan sahaja untuk berlatih, ada ke lagi nak
bagi masa untuk berfikir. Sebenarnya, aku tidak kisah sangat, tetapi kalau Ouma
setuju, aku pun setuju sahaja.
“Ayase-san, sebenarnya, kitorang
ada lagi sebulan sahaja nak berlatih. Memandangkan kitorang sudah tukar lirik
dan memerlukan seorang lagi penyanyi perempuan, kitorang sangat memerlukan kau.
Buat masa sekarang, Eve seorang sahaja ahli perempuan dalam kelab ini dan dia
adalah pemain keyboard. Percayalah pada aku yang Eve memang langsung tidak
boleh nyanyi!” Jelas Ouma.
“W-Weyh! Agak-agaklah nak kutuk aku!”Eve mencelah. Namun, Ouma langsung tidak
mengendahkannya.
“Tolonglah, aku merayu pada kau, Ayase-san,”
Ouma menunduk, momohon pertimbangan Ayase.
“Tetapi aku…” belum sempat Ayase menghabiskan
ayatnya, tiba-tiba Eve melulu lalu memegang kolar Ayase.
“Tolonglah, Ayase-san! Kau je harapan
kitorang!” wajah Eve serius. Walaupun cara Eve itu boleh membuatkan Ayase
menjadi takut dan mungkin takkan datang lagi ke kelab ini, tetapi aku mungkin
dapat memaafkan dirinya. Lihatlah, wajah seriusnya itu, tidak pernah pun
sebelum ini aku melihat dia serius begitu.
Bilik itu menjadi sunyi sepi. Hanya bunyi
cengkerik di musim panas sahaja yang berbunyi. Mata-mata ahli kelab semuanya
tertumpu hanya pada satu, Ayase Miako. Mengharapkan dia untuk bersetuju dengan
keputusan mereka. Ouma masih lagi menunduk. Nampaknya, mereka semua betul-betul
mahukan suara dia sebagai watak ketiga dalam lirik lagu itu. Ayase menjadi
serba salah. Matanya memandang ke lantai. Kolarnya masih lagi dipegang oleh
Eve.
Setelah beberapa saat suasana dalam bilik itu
menjadi sepi, barulah Ayase memulakan bicaranya. “Kalau begitu… “ Ayase menarik
nafas sedalam-dalamnya , kemudian menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.
“Saya akan cuba pertimbangkannya”.
Semua orang di dalam bilik itu bersorak
kecuali aku dan Ouma. Eve juga telah melepaskan kolar Ayase.
“Tetapi… kitorang ada lagi sebulan je lagi.
Bila kau nak bagi jawapan?” soal Ouma.
“Saya akan bagi jawapan saya es…”
“Selamat petang semua!” Nat membuka pintu
secara tiba-tiba. Wajahnya seperti biasa, ceria. Mesti baru lepas terima luahan
perasaan. Lepas itu, datang sini cerita dekat semua orang dengan penuh rasa
bangga. Al-maklumlah, setiap hari mesti ada orang luahkan perasaan dekat dia.
Sedangkan, jawapan dia tetap sama, ‘aku reject
dia lah… kata prince, mestilah
bukan senang nak dapat. Cantik mana pun perempuan itu, aku reject juga. Sebab aku ini prince’.
Tipu diri sendiri. Aku tahulah alasan sebenar Nat itu reject perempuan. Dia masih lagi ada hati dekat si perempuan separa
Jepun separa Mat Saleh itu, Elin.
“… Saya akan bagi jawapan saya esok petang,”
Ayase menghabiskan ayatnya. Langsung tidak menghiraukan Nat yang masuk ke kelab
secara tiba-tiba.
Eh… Pelik ini. Ayase tidak layan Nat? Sungguh
pelik. Selalunya, mana-mana perempuan yang nampak Nat, terus melulu dekat dia
lepas itu tanya, ‘nama awak siapa?’,’kacaknya awak, boleh minta nombor telefon?’
dan sebagainya. Agak dah. Ayase ini lain daripada yang lain. Perempuan dalam
seribu. Aku tersenyum sendiri.
“Baiklah, aku akan tunggu dan mengharapkan
jawapan kau esok,” Nampak kelegaan pada wajah Ouma. Entah mengapa, aku rasa
Ouma ini yakin yang Ayase akan bersetuju untuk menyanyi bahagian watak ketiga
itu. Namun begitu, mana boleh bagi harapan tinggi sangat. Nanti 180 darjah
salah, remuk hati itu, menyesal tidak sudah.
“Eh? Ahli kelab baru ke? Hai awa…” Nat yang
tadi tersenyum riang, hilang terus senyumannya apabila melihat wajah Ayase.
Wajahnya terus berubah.
“Apasal si Mia hipokrit ada dalam kelab
ini?!!!!” Nat melompat ke belakang. Terkejut apabila mendapati orang yang
dianggapnya sebagai ahli kelab baru itu, rupa-rupanya Ayase.
“Kau kenal?” soalku.
“Macam mana aku tak kenal, muka minah ini lah
yang paling aku tak nak tengok!”
“Nat-senpai tak suka pretty lady ke yo?”soal Jun.
“Aku paling tak suka orang yang nak buat
sesuatu yang dia tak pandai nak buat!” jawab Nat.
“ ??? Sorry
bro, I don’t get what you mean yo,” Jun menggaru-garukan kepalanya..
“Aku maksudkan dia lah!” Nat menuding jari
pada Ayase.
“Eh? Awak tak suka saya?” soal Ayase pula.
“Tolonglah faham! Siapa nak suka perempuan
hipokrit macam kau, huh?! Aku? suka kau? Tunggu 1000 tahun pun aku takkan suka
kau lah!”
“Erm… Nat, dia maksudkan sebagai seorang kawan…
Aku rasa kau dah salah faham,” bisik Ouma, tetapi cukup untuk membuatkan aku
dengar.
“Erk… macam itu ya? Ah! Apa-apa sahajalah!
Ouma, kau jangan ambil perempuan ini sebagai ahli baru kau,” kata Nat.
“Apasal pula? Apasal aku nak kena ikut cakap
kau? Suka hati aku lah kalau aku nak ambil dia sebagai ahli baru aku. Aku
presiden kelab ini,” balas Ouma.
“Kalau kau ambil dia sebagai ahli baru, tak
tenteramlah aku setiap petang. Kau pun tahu aku suka lepak dekat sini, dengar
korang main lagu.”
“Tak payahlah lepak sini… kan senang?” Aku
mengeluh.
Kadang-kadang, kawan baik aku yang seorang ini
memang suka menyusahkan orang. Ikut suka kepala dia sahaja nak arahkan orang
supaya jangan ambil orang itu sebagai ahli baru. Sedangkan, dia bukannya ahli
kelab ini pun. Apa yang Ayase buat sampai Nat benci gila? Pelik ini… Ayase itu
ada juga rupa. Selalunya, Nat takkan lepaskan mana-mana perempuan cantik. Boleh
kata hampir semua perempuan dia kebas. Perempuan yang sudah berpunya pun kadang-kadang
dia kebas.
“Kejamnya kau Aki! Aku kan dah kawan dengan
kau sejak kita 5 tahun lagi. Kau tak ada rasa simpati ke dekat kawan kau ini?”
“Tak.”
“Macam ini ke kawan?!”
Aku tidak menghiraukan Nat. Malas aku nak
layan sifat manja dan keras kepala dia itu. Penat. Aku berjalan ke arah Ayase.
“Ayase, aku memohon maaf atas kebodohan kawan
aku. Fikir masak-masak. Aku mengharapkan persetujuan kau esok,” kata aku.
Ayase hanya mengangguk lalu beredar keluar
daripada bilik. Aku melihat jam pada dinding. 6:40 petang. Hari pun sudah mahu
gelap. Aku memandang Ouma. Ouma mengangguk faham.
“Baiklah, sampai di sini sahaja latihan kita untuk hari ini. Hari pun dah nak gelap. Kemas balik apa yang korang telah guna lepas itu boleh balik. Semua bersurai,” Ouma menjalankan tugasnya sebagai presiden kelab.
“Baiklah, sampai di sini sahaja latihan kita untuk hari ini. Hari pun dah nak gelap. Kemas balik apa yang korang telah guna lepas itu boleh balik. Semua bersurai,” Ouma menjalankan tugasnya sebagai presiden kelab.
Setelah selesai mengemas, semua
ahli kelab pulang ke rumah. Aku dan Nat pulang bersama. Sebenarnya, kitorang
tinggal dalam satu rumah. Kitorang berkawan sejak kecil lagi. Kadang-kadang
itu, ada orang salah anggap yang kitorang ini adik-beradik sebab kitorang
selalu juga bersama. Sekolah tadika satu sekolah, sekolah rendah satu sekolah,
sekolah menengah rendah satu sekolah dan sekolah menengah tinggi juga satu sekolah.
Keluarga kitorang pun rapat juga.
“Weyh Aki… Mia itu ahli kelab
baru korang ke?” soal Nat.
“Belum
lagi. Kenapa kau tak panggil Ayase dengan nama keluarga? Bukan dia baru pindah
ke? Korang rapat ke?”
“Gila aku nak rapat dengan
perempuan hipokrit tu?! Dah lah pagi tadi menyusahkan aku. Punya payah aku
tarik dia!”
“Kau tarik dia? Kau ada nak buat
apa-apa dekat dia ke?”
“Weyh!! Tak ada lah sampai situ!”
Aku menghentikan langkah. Nat
yang beberapa langkah kehadapan turut berhenti apabila sedar bahawa aku tidak
bergerak.
“Pahal Aki?” soalnya.
Aku memandang Nat. Entah
mengapa, selalunya aku ini tidak suka fikir masalah orang lain selain daripada
masalah aku. Kalau aku kena soal nyawa mana lagi penting, nyawa ibu bapa aku
ke, nyawa awek aku ke… Aku akan pilih nyawa aku. Tetapi, soal Ayase… buatkan
aku rasa nak tahu pasal dirinya. Dia itu penuh misteri.
“Weyh, Nat. Kenapa kau benci
sangat dekat Ayase? Apa yang dia dah buat dekat kau?”
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Ku Mahukan Suaramu, permintaan 3