“Serius korang tidak ada masalah
dengan lirik lagu ini?” soalku. Aku memandang wajah ketiga-tiga ahli ‘Kelab
Band’, mengharapkan ada juga yang sependapat dengan aku.
“Kau ini Aki, aku tahulah kau itu
genius tetapi takkan lagu hebat macam ini pun ada error? Seriuslah kau dah improved!
Takkanlah lagu yang lagi best daripada
sebelumnya ada masalah pula,” balas Eve lagi.
“Aki,
kau jangan nak buat kerja gila. Kita hanya ada lagi sebulan nak berlatih. Kalau
kau nak buat lagu baru, bila kita nak mula berlatih? Dua minggu akan datang?
Seminggu sebelum Hari Festival Sekolah?” Ouma memandangku dengan wajah yang
serius.
“Tetapi
Ouma, aku…” belum sempat aku menghabiskan ayat aku, tiba-tiba kami terdengar
bunyi sesuatu yag mengetuk pintu kelab itu.
Tidak, bunyinya lebih kepada seperti seseorang terhantuk pada pintu.
Kami semua terdiam. Ouma membuat isyarat supaya aku membuka pintu itu. Aku pun
berjalan menuju ke pintu tersebut lalu membukanya. Terdapat seorang pelajar perempuan
sedang memegang kepalanya. Mukanya merah, menahan sakit.
“Kau… okey?” soalku.
Pelajar perempuan itu hanya menganggukkan
kepalanya sebagai isyarat bahawa dia okey. Namun, reaksi wajahnya langsung
tidak menunjukkan bahawa dia okey. Mana tidaknya, bukan main kuat lagi bunyi
hantukan pada pintu tadi. Alahai, kesian pula aku tengok. Aku membuka pintu itu
dengan lebih luas lalu memberi isyarat kepada pelajar itu agar masuk ke dalam
bilik kelab. Pada awalnya, pelajar itu seperti teragak-agak untuk masuk ke
dalam bilik kelab, tetapi setelah melihat aku berdiri lama di muka pintu
menanti tindakannya, barulah dia melangkah masuk. Setelah aku menutup semula
pintu itu, aku mendapati semua orang sedang memandang ke arah aku dan juga
pelajar tadi. Mereka semuanya terlopong. Aku ada buat salah ke?
“I don’t believe this… Aki bagi stranger
masuk ke dalam bilik kelab? Ini sangat pelik yo!” Jun menggosok matanya
beberapa kali.
“… Dunia nak kiamat ke?” reaksi
muka Eve pula priceless.
“ . . .
. .” Ouma pula masih kaku terlopong.
Ish!
Apa kena dengan kawan-kawan aku ini? Aku ada buat benda pelik ke? Sudahlah,
buat tidak endah sahaja. Aku mengambil kerusi kosong di sebelah Ouma lalu
memberikan kerusi itu kepada pelajar tersebut. Hmm… Muka pelajar ini aku tidak
pernah nampak sebelum ini. Pelajar baru agaknya. Aku pergi ke kawasan dapur
dalam bilik kelab, maksud aku, ‘dapur kecil’ kelab. Nasib baiklah Eve sudah
jerang air. Aku mengisi mangkuk kecil dengan air yang panas dan mengeluarkan
sapu tanganku lalu merendamnya di dalam air tersebut. Kemudian aku memerah sapu
tanganku dan memberikannya kepada pelajar tersebut. Tanpa banyak soal, pelajar
tersebut mengambilnya dan meletakkan sapu tangan tersebut pada kepalanya yang
benjol akibat terhantuk pintu. Besar juga benjolnya itu.
“W-w-weyh!
Si-siapa perempuan ini, Aki?!” Jari telunjuk Eve terketar-ketar ketika menunjuk
ke arah pelajar itu.
“Yo yo
Aki, aku tak sangka… Aku bangga dengan kau, yo! Akhirnya kau dapat lepaskan diri daripada sumpahan cinta
pelik dengan gitar kau. Good job bro!”
Jun menepuk bahuku beberapa kali.
Aku
memandang pelik ke arah kawan-kawan band aku. Eve tengok perempuan itu macam
nampak hantu, Ouma pula masih lagi terlopong, dan yang paling aku tidak faham
adalah kata-kata Jun tadi. Apa maksud dia yang aku ‘dapat lepaskan diri
dariapda sumpahan cinta pelik dengan gitar’?
“Sumpahan
cinta pelik?” pelajar itu bersuara. Boleh bercakap rupanya. Ingatkan bisu tadi.
“Yeah,
sumpahan cinta pelik yo! Sebelum ini Aki tidak pernah pandang perempuan lain
selain daripada gitar dia. Aku rasa terharu yo, akhirnya dia dapat jumpa
perempuan ‘manusia’ sebagai kekasih. Sankyu
(thank you) very much! Oh my god! I
feel like want to cry yo!” Jun menangis terharu.
“oi oi…
korang dah salah faham ini,” aku berasa sedikit jengkel.
“Huh?
Aku salah ke yo?”
“Dia
bukan kekasih aku malah aku tak kenal pun dia,” aku mengeluh.
“EHH?!!”
semua orang terkejut, termasuk Ouma.
“Ha-habis,
apasal kau bagi dia masuk?” tergagap-gagap Eve bertanya.
Aku
merenung tajam ke arah kawan-kawanku. Diorang ingat aku ini apa? Pelik sangat
ke aku hendak buat baik dekat orang?
“Salah
ke aku nak tolong orang yang tengah sakit? Bagi dia duduk sekejap dalam bilik
ini?” aku menyilangkan tangan.
Semua
orang diam membisu. Mereka tahu aku sedang marah. Tiba-tiba pelajar itu memecah
kesunyian.
“Maaf
kalau saya mengganggu masa korang berlatih. Saya akan beredar sekarang,”
pelajar itu berdiri, bersedia untuk keluar daripada bilik ini.
Belum
sempat pelajar itu membuka pintu,tiba-tiba Eve menarik lengan pelajar itu.
“Kejap! Apasal kau nak beredar cepat sangat? Aku tahu, mesti kau datang sini sebab budak Kelab Jazz
yang hantar kau untuk spy kitorang
kan? Diorang nak sabotaj lagu kitorang kan?!” wajah Eve serius.
“Eh! Taklah,
mana ada,” pelajar itu menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kau
jangan cuba nak tipu kitorang!” Eve mula naik berang.
“Saya
tak tipu… Saya datang sini pun sebab saya terdengar lagu korang tadi. Langsung
tak ada kena mengena dengan spying.
Lagipun, saya pelajar baru dekat sekolah ini,” kata pelajar itu.
“Aku tak percaya! Aku tak percaya!
Baik kau mengaku cepat!” Eve mula menarik baju sekolah pelajar itu.
Ouma, dengan pantas menghalang Eve.
“Bawa bertenang, Eve. Kau ni kenapa? Dia dah kata dia tak buat, dia tak
buatlah,” kata Ouma dengan tegas.
“Suka hati akulah! Korang tu,
pantang nampak perempuan cantik, nak berpihak kepada dia! Bila perempuan cantik
je, semuanya tak salah! Mana kau tahu dia tak spy kita?” Eve menengking.
“Ish! Perempuan ini dah kenapa?”
Ouma berasa jengkel. Entah mengapa, tiba-tiba Eve emo dengan pelajar baru ini.
Aku turut berasa jengkel dengan sikap panas baran Eve.
“Kalau macam itu, kenapa bila
perempuan cantik je, kau nak salahkan dia? Perempuan hodoh semua baik ke?”
soalku.
Eve
terdiam. Matanya berlinang dengan air mata. Mukanya masih menunjukkan yang dia masih
bengang dengan pelajar baru itu. Ish! Aku tidak faham betul dengan Eve.
Tiba-tiba naik angin tidak tentu fasal. Tiba-tiba pelajar itu pergi ke arah Eve
dan berhenti betul-betul di hadapan Eve.
“Apa
kau nak?! Suka lah bila perempuan cantik macam kau ini dapat bela dengan semua
orang?!” tengking Eve. Pada awalnya, pelajar itu diam membisu. Tidak membalas
tengkingan Eve. Tiba-tiba, dia mengusap kepala Eve.
“Jangan
risau. Setiap wanita mempunyai kecantikannya yang tersendiri. Ada yang cantik
pada rupa, ada yang nampak cantik pada tindakannya seperti lemah lembut, tetapi
yang paling cantik daripada yang lain adalah, akhlak yang cantik. Tidak kiralah
betapa comotnya perempuan itu, betapa boyish
nya perempuan itu, dia masih lagi seorang perempuan. Semua perempuan adalah
cantik. Eve nampak sangat cantik apabila main keyboard tu,” pelajar itu masih mengusap kepala Eve. Wajahnya
mengukir senyuman. Eve agak terkejut dengan tindakan pelajar itu. Mana
tidaknya, tengkingan dibalas dengan kata-kata motivasi. Ini perempuan satu
dalam seribu. Alright, this girl get my
respect. Kalau aku jadi dia, dah lama aku lempang sahaja Eve. Setelah melihat Eve seperti sudah dapat
tenangkan diri, pelajar itu datang ke arah aku.
“Maaf, saya tak bermaksud nak curi dengar perbincangan korang tadi. Saya akui, lagu awak sangat hebat. Saya sendiri yang baru jejak kaki dekat sekolah ini pun dengar rasa terhibur. Tetapi, yang pasal lirik lagu itu, saya sokong awak. Memang betul, ada sesuatu yang tak ada dalam lirik itu,” katanya sebelum beredar ke pintu kelab. Aku terkejut. Aku menghalangnya daripada memulas tombol pintu.
“Maaf, saya tak bermaksud nak curi dengar perbincangan korang tadi. Saya akui, lagu awak sangat hebat. Saya sendiri yang baru jejak kaki dekat sekolah ini pun dengar rasa terhibur. Tetapi, yang pasal lirik lagu itu, saya sokong awak. Memang betul, ada sesuatu yang tak ada dalam lirik itu,” katanya sebelum beredar ke pintu kelab. Aku terkejut. Aku menghalangnya daripada memulas tombol pintu.
“Kau…
tahu apa yang missing tu?” aku
memandangnya dengan serius.
“Ya,”
jawab pelajar itu ringkas.
“Tolong
beritahu aku, apa yang missing tu?!”
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Ku Mahukan Suaramu, permintaan 3