“Sebab perempuan
itu tak pandai hiprokrit tetapi nak juga jadi hiprokrit,” kata Nat geram.
“Takkan itu sahaja sebabnya?
Gaya kau macam benci gila-gila,” aku berasa pelik. Itu sahaja sebabnya? Macam
tidak logik sahaja. Mesti ada sebab lain.
“Cuba kau fikir, masa aku first time jumpa dia, aku tolong dia.
Gaya macam samseng. Bila sudah masuk sekolah, punyalah baik and sopan semacam! Lain lah kalau dia
mula-mula baik and sopan tetapi
hakikatnya dia samseng. Itu aku tak kisah! Itu kiranya dia pandai hipokrit!”
kata Nat bersemangat.
“……
serius aku tak faham kenapa benda kecil macam itu pun kau nak benci dia,” aku
mengeluh.
“Dia
pun macam nak cuba cemarkan imej aku sebagai prince sekolah. Aku akui dia agak bijak. Muka dia pun boleh tahan
cantiknya. Aku tak nak dia rampas aku punya populariti dekat sekolah! Tak
boleh! Aku takkan benarkan!” Nat menjerit geram.
Aku mengeluh lagi. 'Dia pun macam'. Kiranya mamat ini tidak tahu benar atau tidak. Suka hati sahaja hendak tuduh orang macam-macam. Benda macam
itu pun hendak dibuat musuh. Macam budak-budak sahaja. Kadang-kadang aku
terfikir kenapalah orang yang macam dia ini yang menjadi the perfect guy? Otak sudah cukup genius, tetapi tidak boleh menggunakannya
untuk berfikir secara matang.
“dan dia ingatkan aku pasal
Elin….” Nat bisik perlahan namun, aku masih dapat mendengarnya dengan jelas.
Ekspresi sedih itu lagi.
Nampaknya, Nat memang sangat cinta akan Elin. Walaupun, dia hanya bertepuk
sebelah tangan. Aku ingat lagi masa kami sekelas dapat berita bahawa Elin
hilang. Nat terus bangun daripada tempatnya dan keluar daripada kelas. Selama
tiga hari dia tidak pulang ke rumah dan pergi ke sekolah. Keluarga Nat sudah
tentu risau, jadi diorang laporkan pada polis. Malam hari ketiga itu, Nat
pulang dengan bajunya yang sudah kotor. Yang anehnya dia tidak hirau akan
imejnya. Apabila ditanya ke mana dia menghilang, dengan wajah yang sedih, dia
menjawab, “Elin”.
Aku hanya berdiam diri. Tidak
membalas kerana tidak mahu membuka isu Elin di depan Nat. Aku tidak sanggup melihat
dia bersedih lagi. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hanya kedengaran
bunyi tapak kaki kami sahaja. Sudah lama situasi ini tidak terjadi. Selalunya, Nat
akan merengek, berlagak bagus, bercerita tentang awek cantik dan sebagainya
sehinggakan setiap kali dalam perjalanan pulang, suasana menjadi kecoh. Keadaan
janggal itu berterusan sehinggalah kami tiba di rumah.
Rumah yang kami tinggal bukanlah
semewah rumah agam Nat. Rumah yang kami tinggal hanyalah rumah flat lima
tingkat dan kami tinggal di aras tiga. Keluasan rumah juga tidak begitu besar.
Hanya terdapat ruang tamu, dapur dan dua bilik tidur. Sesuailah untuk kami yang
masih bujang lagi. Ruang tamu hanya ada tikar disertakan meja Jepun dan sebuah
televisyen. Bilik aku dan bilik Nat jauh berbeza. Bilik aku hanya ada sebuah
toto yang sudah dilipat kemas bersama dengan dua bantal serta sebuah meja kecil
yang atasnya terdapat sebuah laptop manakala bilik Nat ada bilik tidur pakej
lengkap seperti; sebuah katil yang lengkap dengan bantal dan selimut, sebuah
almari kayu yang besar dan sebuah meja belajar.
Ya, aku dan Nat datang daripada
keluarga yang sangat berbeza. Aku datang daripada keluarga yang hidup sederhana
di sebuah kampung. Nat pula datang daripada keluarga yang kaya-raya dan
ternama. Rumah agam keluarga Nat terletak di sebuah pulau yang ayahnya beli agar
aktiviti keluarga mereka tidak terganggu dengan bunyi bising di bandar. Boleh
kata Nat dibesarkan seperti seorang putera raja.
Sebenarnya, aku tidak berapa
faham apa yang Nat fikirkan. Yalah, hidup sudah mewah, tetapi mahu juga tinggal
serumah dengan aku. Sanggup keluar daripada rumah agam yang besar lagi mewah
itu! Mahu kata sudah kenal lama, ya, kami memang sudah kenal sejak kecil lagi,
tetapi kami mula rapat apabila masuk sekolah menengah rendah. Ketika itulah di
mana Nat memandang rendah akan kebolehan aku dan akhirnya kagum dengan aku. Sejak
itu, keluarga kami juga menjadi rapat.
Aku melihat jam pada dinding di
ruang tamu. Tepat pukul 7.30 malam. Nampaknya aku perlu bersiap-siap untuk
pergi ke tempat kerja sambilan iaitu di sebuah kafe berdekatan dengan rumah
flat ini. Aku tidak sekaya Nat yang hanya minta berapa sahaja wang yang dia
mahu daripada ibu bapanya. Aku perlu melakukan kerja sambilan untuk menampung
perbelanjaan seharianku dan untuk membayar duit sewa rumah ini.
“Nat, aku nak pergi kerja dah ni.
Makan malam aku dah siapkan. Ada dekat atas meja,” kata aku kepada Nat yang
sedang leka menonton televisyen.
“Oh, okey. Sankyu, sankyu,”
mata Nat masih lagi terpaku pada skrin televisyen.
Aku masuk ke dalam bilikku untuk
menukar pakaian. Selesai menukar pakaian, aku melangkah keluar daripada
bilikku. Aku mendapati Nat sedang menyedok nasi daripada periuk nasi di dapur. Aku
turut masuk ke dalam dapur untuk menyediakan bento aku. Ketika aku sedang mengisi air ke dalam botol, tiba-tiba Nat bersuara.
“Erm… Aki, betul ke korang nak
ambil Mia jadi ahli korang?” soal Nat.
“Ya, tetapi tak tahu lah Mia setuju
ke tak…”
“Kenapa korang nak ambil dia?
Dia boleh main alat muzik ke?”
“Dia… boleh menyanyi,” jawabku
ringkas.
“Tetapi… kan ramai lagi pelajar
lain yang boleh menyanyi. Contoh macam Anri-chan, Mou-chan, Tsu-chan, Mii-chan,
Ak..,” belum sempat Nat menyambung ayat, aku memotong percakapannya.
“Apasal semua yang kau sebut itu,
semuanya bekas awek kau?” aku berasa jengkel.
“Yalah, memanglah semua bekas
awek aku, tetapi kau pun tahu yang diorang boleh nyanyi. Apasal nak Mia juga?”
Nat masih tak berpuas hati.
“Sebab aku nak suara dia dalam
lagu aku. Aku tak nak suara orang lain. Aku suka suara dia. Aku nak suara dia
je. Kau ada masalah ke?” soalku jengkel.
Nat berdiam diri. Wajahnya jelas
menunjukkan bahawa dia tidak berpuas hati.
“Kalau kau tak ada masalah,
tolong jangan masuk campur,” kataku lagi dengan nada geram. Setelah selesai menyiapkan
bento, aku terus meninggalkan rumah dan menuju ke Golden Time Café, tempat di mana aku bekerja sambilan sebagai
pelayan.
Betul itu. Aku nak suara Mia sahaja
untuk menyanyi lagu aku. Suara
dia sahaja. Aku tidak mahu suara orang lain.
Labels: Aki, hanya satu permintaan, karya hana, Ku Mahukan Suaramu, permintaan 3