Kan bagus kalau ini semua mimpi. Aku
cuba menyorokkan kekecewaanku dengan sekuntum senyuman lalu berkata, “Ohaiyo,
Eye. Pagi ini ialah hari yang indah (haraplah). Semalam pun saya tidur
dengan lena sekali. Hahahahahahahaha!”.
“Baguslah begitu. Awak pergilah
mandi. Saya dan Kouta-nii-chan nak buat sarapan,” kata Eye lembut sebelum
berlalu pergi ke dapur.
Baik betul si Eye ini. Aku yang
sadis ini pun tidak sanggup hendak tunjuk kekecewaanku yang masih terjaga di
dunia yang sama. Eye sudah macam emak aku dah. Tengok cara dia mengendalikan
tetamu (aku) pun sudah nampak caranya yang penuh keibuan. Untunglah siapa
kahwin dengan Eye. Fufufufufu…..
“Ehem! Daripada awak fikir yang mengarut-ngarut, baik
pergi siap cepat,” suara dari
dalam diri aku kendengaran.
“Ish, Miako ini… rileks la… sekolah
lambat lagi…” aku membalas bebelan ‘aku’ yang lagi satu.
“Lambat lagilah sangat! Sekarang sudah pukul 7! Eye itu
sudah lama siap. Takkan awak nak kasi Eye lambat sekali?!” Miako
mula meninggikan suaranya.
“Yelah, yelah… nak pergi mandi la
ni,” aku menarik muncungku. Ini lagi seorang yang ‘caranya’ memarahi aku dengan
penuh keibuan. Ibu tiri! Heh! Hmmm? Rasa kagum aku boleh berkomunikasi dengan
diri yang lagi satu? Buang sahajalah rasa kagum itu. Sebenarnya bukan best pun sebab korang tidak akan ada
privasi ‘fikiran’ korang. Semua yang aku fikir semua dia tahu. Apa yang dia
fikir pun aku tahu. Sebab itulah, kalau ketika peperiksaan tiba-tiba kami
tertukar, tidak akan jadi masalah untuk skor peperiksaan sebab aku boleh pinjam
otak genius dia. Apa yang terkandung dalam hati kami pun kami berdua boleh
tahu. Sebab itulah… kalau dia rasa sunyi ke, aku… tahu.
Setelah mandi dan bersiap kemas
dengan seragam sekolah milik Eye (aku pinjam), aku pergi ke ruang makan. Kelihatan
wajah Eye yang risau dan tidak senang. Di atas meja itu tersedia roti berinti
tuna dan air teh karamel. Wah! Walaupun ringkas, tetapi nampak menyelerakan.
Aku duduk bersama-sama Eye. Dengan pantas, Eye mengambil satu roti berinti tuna
itu lalu memakannya dengan gelojoh. Aku terpaku. Gayanya seperti helang yang
menyambar ikan di laut. Terus hilang keayuannya. Ini ke… Eye yang sebenarnya?!
“Mia tunggu apa lagi?! Cepat
makan!!! Dah lambat dah ni!” suara nyaring Kouta-san mengejutkanku. Apasal
pagi-pagi ini aku asyik kena marah sahaja? Aku melihat jam pada dinding. Mak
aih! Memang dah lambat!!! Aku pun, turut seperti Eye, menyambar apa sahaja yang
tersedia di atas meja itu. Pagi itu, aku telah memalukan diri sendiri di
hadapan seorang lelaki yang baru sahaja aku kenal, Kouta-san.
------------------------------------------------------------------------------------
“Kalau awak tak berangan masa mandi
tadi kita tak akan lambat macam ini!” Eye sempat lagi membebel pada aku
walaupun kami berdua sedang berlari menuju ke sekolah.
“Kan Mia dah kata Mia tak
beranganlah masa mandi tadi!” balasku, tidak mahu mengalah.
“Habis awak buat apa sampai bersiap
lambat sangat?!!”
“Mia tak buat apa-apalah! Kalau Eye
asyik nak membebel, sampai bila pun tak sampai sekolah!”
“Apa maksud awak kita tak akan
sampai sekolah kalau saya asyik membebel?! Habis yang bangunan yang berdiri
megah nun atas bukit tu apa?! Saya tak macam Mia, saya bebel panjang mana pun
boleh sampai sekolah lah!!” Eye juga tidak mahu mengalah. Namun, dia kelihatan
tercungap-cungap, penat. Mana tidaknya, Aomori’s Bakery Shop bukannya dekat
dengan sekolah. 5 kilometer dari sekolah! Cubalah bayangkan kitorang berlari
tanpa henti sepanjang 5 kilometer itu.
“Cukup-cukuplah itu membebel! Eye
tak penat ke membebel sambil berlari?! Telinga Mia yang tak berlari ini pun dah
penat tau!” aku masih tidak mahu mengalah.
Larian Eye semakin perlahan. Itulah,
membebel lagi semasa berlari. Lain kali, gunakan mulut itu untuk menstabilkan
pernafasan ketika berlari, bukannya bercakap atau membebel. Eye semakin
ketinggalan ke belakang. Aku mengeluh lalu memperlahankan larianku. Aku menarik
tangan Eye dan berlari dengan kelajuan yang sederhana.
“Tahanlah sikit. Kita dah nak sampai
sekolah dah. Kalau Mia tinggalkan Eye sorang-sorang kat belakang, nanti Mia
rasa bersalah,” kataku. (>_>)
Eye diam membisu, yang hanya
kedengaran adalah bunyi tapak kaki kami. Ish! Apasal senyap semacam Eye ini?
Sudah puas membebel ke? Bangunan sekolah yang berdiri megah kelihatan semakin
jelas. Oh, sebab dah nak sampai sekolah jadi dia pun tidak perlu membebel lagi?
Baguslah macam itu. Telinga aku ini pun sudah penat mahu mendengar bebelan Eye.
“Bahaya….” Eye tiba-tiba bersuara.
“Hmmm? Mende Eye?” soalku pelik. Apa
yang bahayanya?
“Tadi saya terfikir yang Mia ini
romantik juga orangnya…. Nasib baik awak perempuan. Kalau awak lelaki, saya
mungkin akan jatuh cinta akan awak”.
(O_O)
. . .
Kejap? Apa? Err… Ini masalah besar kan? Betul
ke apa yang aku dengar ini? Eye kan yang sedang bercakap? Aku terpaku. Larian
yang tadi diusahakan dengan sepenuh jiwa dan raga tertangguh begitu sahaja. Aku
terlalu terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Eye.
“Erm… Mia? Hello?”
Eye melambaikan tangannya untuk menyedarkan aku ke dunia realiti.
“Hooooo… Baru semalam jadi pelajar baru, hari
ini sudah lambat? Biar betul kau ni? Awal-awal dah ada rekod tak baik,” suara
sumbing itu mengejutkan aku. Aku kenal sangat suara ini. Aku memandang ke arah
kananku. Betul tekaan aku. Suara milik prince
idaman pelajar sekolah ini, Nat. Eh, kejap. Aku sudah sampai sekolah rupanya.
Tidak sedar pula.
“Ah, Nat! Awak bertugas ambil nama hari ini
ke?” soal Eye.
“Eye? Jarang kau lambat, apasal? Dah tu aku
kat depan pagar sekolah ini, mestilah aku bertugas hari ini,” balas Nat. Dia…
pengawas sekolah ini ke?
“Soalan itu, awak boleh tanya dia,” Eye
mengerling tajam ke arah aku. Erk! Nampaknya dia masih marah lagi pada aku. Eye
ini garang juga ya?
“He…. kau ini bukan je hipokrit, tapi suka
menyusahkan orang juga?” Nat memandangku dengan pandangan sinis. Dia ini
kenapa?
“Hipokrit?
Mia? Yang hipokrit itu bukan kau ke?” balasku geram.
“Huh?”
“Gaya macam sayang sangat kat semua perempuan
keliling pinggang tetapi sebenarnya kau tak minat diorang pun. Kau pun rasa
leceh dengan perempuan-perempuan yang asyik nak berkepit dengan kau tu kan? Mia
yang tengok pun dah rasa menyampah. Kalau dah tak suka, cakap sahaja lah yang
kau tak suka. Hanya sebab nak disayangi dan disanjungi, kau sanggup berlakon?
Tak rasa teruk ke tipu diri sendiri?” Riak wajah Nat berubah. Mukanya merah
menahan marah. Heh! Jadi, betul lah kan apa yang aku cakap tadi?
“Kau… Kau ingat kau siapa?!” Nat mula
meninggikan suaranya.
“Mia siapa? Manusia yang datang dari
dunia lain. Ada soalan lain?” hehe. Best
juga sakat mamat ini.
Nat dengan pantas menarik kolar
leher aku. Namun, Eye dengan pantas meleraikan pergaduhan kami.
“Sudah sudah lah tu! Tak elok lah
gaduh-gaduh macam ini! Sekarang sudah pukul 8:30! Nat! Buat tugas awak itu
elok-elok! Cepat ambil nama kitorang! Kitorang pun nak belajar! Awak itu sudah
genius boleh la cerita!” Wah, hari ini memang hari membebel sedunia.
Nat mendengus geram lalu melepaskan
kolar leherku. Langsung tidak gentleman.
Setelah Nat menulis nama kami berdua, dia membenarkan kami untuk ke kelas.
Seperti yang dijangka, setelah kakiku melangkah melepasi pintu pagar sekolah, pandanganku
mula kabur. Sudah tiba masanya untuk ‘aku’ yang lagi satu bangkit. Pfftt….
Hahahaha! ‘Bangkit’, ayat macam dalam komik pula.
“Miako…” bisikan misteri itu lagi.
Aku memandang ke belakang. Dari jauh, aku
dapat melihat seorang perempuan berambut blonde,
berdiri di sebalik pokok, memandang tepat ke arah aku. Dia memakai baju ball gown berwarna biru, secantik dengan
warna matanya. Wajah itu… sama seperti perempuan yang dalam gambaran-gambaran
pelik itu. Siapa? Siapa sebenarnya perempuan itu? Apa yang dia mahukan? Belum
sempat aku memikirkan segala kemungkinan, dunia telah pun menjadi gelap.
------------------------------------------------------------------------------------
Aku dan Eye bergegas menaiki tangga.
Apabila tiba di tingkat tiga, kami berpisah ke kelas masing-masing. Aku
mengetuk pintu kelas 3-1, lalu membukanya.
“Cikgu, maaf. Saya lambat,” kataku
kemudian menunduk memohon maaf.
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Mia, Perjalanan Baru Bermula!, permintaan 4