"Ayase?
Kau buat apa dekat sini?" Aki memandangku, tergamam.
"Saya ingat nak makan dekat
sini dengan Eye dan Mikaze. Kenapa? Tidak boleh ke?" soalku hairan.
Nadanya seakan-akan aku mengganggunya.
"Bukan... erm... boleh
sahaja... cuma jarang orang nak makan dekat rooftop
tengah-tengah panas ini... lebih-lebih lagi sekarang musim panas".
"Oh, padanlah Mikaze merungut
tadi. Aki pula buat apa dek-" belum sempat aku menghabiskan ayat, Mikaze
telah mencelah.
"Oi, oi... kutuk aku nampak.
Ambil ini!" Mikaze menarik pipi aku. Walaupun baru sahaja berkenalan di
kelas tadi, dia layan aku macam sudah kenal lama. Aku pula, dengan pipi yang
merana kesakitan, dengan pantas tanganku cuba untuk menepis tangan Mikaze yang
sedang menarik pipiku.
"Apa awak buat ini? Sakit tau ( -__- )," aku mengusap pipiku
yang merah akibat dicubit oleh Mikaze. Mikaze pula hanya mentertawakan aku.
"Hahahaha! Padan muka! Balasan
sebab kutuk aku," Mikaze menjelirkan lidahnya.
" .......... Korang ini...
bercinta ke?" soal Aki.
Mendengar persoalan itu, kepalaku
pantas menggeleng, menafikannya seratus peratus. Begitu juga dengan Mikaze. Yang
berbeza antara aku dengan dia adalah dia bersuara dan mukanya merah seperti
tomato.
"MANA ADA!! KITORANG TAK
BERCINTA!!" jerit Mikaze. (>//////<)
"Wah...
Merahnya muka," kata Aki selamba.
"Ugh... TAK PAYAH KACAU AKU!"
Mikaze semakin tidak tentu hala.
" Semangatnya korang~ Tengah
cerita apa ini?" Eye yang dari tadi berdiri jauh dari kami akhirnya
menyertai kami.
"Oh, Eye. Kau okey ke? Teruk
juga kau kena marah dengan cikgu sebab datang lambat," soal Aki.
"Oh, masalah itu, apa kata awak
tanya punca masalahnya," jawab Eye. Dia memandangku dengan sekuntum
senyuman yang penuh makna. Senyuman yang seolah-olah memberitahuku bahawa aku
tidak akan hidup lama.
"Ayase?" Aki memandangku
hairan.
"Apa kata Mia jelaskan pada
Aki. Mana tahu Aki FAHAM kenapa awak LAMBAT SANGAT pagi tadi," Eye masih
lagi tersenyum pada aku.
Ish, Eye ini lupa ke yang hal
berkaitan dengan split-personality
aku ini perlu dirahsiakan? Macam mana aku hendak terangkan sedangkan benda ini
Eye dan Kouta-san sahaja yang tahu? Satu perkara lagi, kenapa mata semua orang
tertumpu pada aku seorang sahaja?! Takkanlah semua orang berminat gila hendak
tahu kenapa aku boleh buat Eye lambat?! Mikaze pun?! Takkanlah topik jenis
macam ini pun boleh tarik perhatian orang dalam dunia ini? Walaupun agak kasar
hendak kata begini, tetapi, memang orang dalam dunia ini lame ek?
"Aku sebenarnya tidak berminat
pun nak tahu kenapa Ayase lambat pagi tadi. Yang aku nak tahu ialah apa kaitan
Ayase dengan kau, Eye? Apasal pula Ayase lambat, kau pun lambat?" soalan
cepumas Aki telah menyelamatkan aku.
"Oh, ya... Semua orang tidak
tahu lagi tentang ini. Baiklah, biar saya beritahu. Sebenarnya, Mia tinggal
dengan saya. Mia baru lagi dekat kawasan ini, jadi dia tak tahu sangat jalan ke
sekolah. Disebabkan pagi tadi dia lambat, saya pun lambat sekali sebab nak kena
tunggu dia bersiap," Eye masih lagi memandangku geram.
Aku mengeluh. Pendendam juga si Eye
ini. Ini semua gara-gara si aku yang lagi satu punya pasal. Kalaulah dia tidak
berangan pagi tadi, tidak adanya Eye hendak marah dengan aku macam ini. Aku
mengeluh lagi, kemudian aku memandang ke dalam mata Eye.
"Eye, tentang pagi tadi itu,
maafkan saya," kataku.
"Saya tak nak maafkan awak!
Teruk tau saya kena hentam dengan cikgu!" Eye menyilangkan tangannya tanda
protes.
Kata-katanya telah membuatkan aku
berasa sedikit sedih. Ugh... keluar sekarang wahai Mia yang tidak berguna! Ini
semua kau punya salah, apasal aku pun kena sekali?! Keluar sekarang dan
selesaikan masalah kau sendiri!
"Melainkan..." sambung Eye
lagi.
"Melainkan?"
"Awak kerja dengan kami".
"Eh? Maksudnya..."
"Ya, awak perlu kerja dengan
saya dan Kouta-nii-chan. Mana boleh awak tinggal dengan kami secara
percuma. Awak ingat hendak tampung keperluan hidup mudah ke? Ini pula hendak
tampung awak sekali," jelas Eye sambil tersenyum riang.
'Licik', adalah perkataan pertama
yang muncul dalam fikiran aku sekarang. Tetapi, betul juga. Takkanlah aku hendak
tinggal dengan diorang tanpa bayaran apa-apa? Aku tidak kisah sebenarnya,
tetapi apabila sampai rumah nanti, yang pegang badan ini nanti adalah... Mia.
Ya, bukan aku. Itu yang buat aku risau sekarang.
"Ting tong! Diam tandanya
setuju~ Baiklah, Mia. Awak boleh mula bekerja di kedai kami pada petang ini.
Lagipun, awak tak sibuk kan petang ini?" Belum sempat aku berkata apa-apa,
Eye telah membuat keputusan untuk aku tanpa mendengar jawapanku.
Nampak gayanya, aku terpaksa setuju
dengan tawaran secara paksa Eye itu. Nasib kau lah, Mia. Siapa suruh kau
susahkan orang pagi tadi. Aku pun rasa bagus juga kalau si Mia itu ada kerja.
Tidak adalah dia buat kerja tidak berfaedah sepanjang masa. Namun begitu, aku
masih risau memikirkan bagaimana si aku yang lagi satu itu akan mengendalikan
kerja-kerja di kedai nanti. Orangnya sudahlah berfikiran budak tadika, tidak
sabar, bertindak melulu tanpa berfikir, keras kepala, degil, gelabah dan banyak
lagi personalitinya yang membuatkan dia tidak layak untuk bekerja. Aku mengeluh.
"Bukan kau dah janji hendak
bagi kitorang jawapan petang ini, Ayase?" Aki tiba-tiba bersuara.
Aku menelan air liurku. Perkara yang
paling aku takutkan telah pun disoal. Ingat juga mamat ini tentang janji aku.
"Jawapan?" soal Eye
hairan.
"Ayase tidak cerita apa-apa
pada kau ke Eye?"
Eye menggelengkan kepalanya.
"Begini, ingat tak aku pernah
mengadu dekat kau yang aku tak tahu apa yang tak kena dengan lagu baru
kitorang? Semalam, Ayase telah selesaikan masalah itu. Suara Ayase pun boleh tahan
merdunya. Jadi kitorang menawarkan Ayase untuk menyertai kitorang dalam
persembahan untuk Hari Kebudayaan Sekolah nanti sebagai vokalis ketiga. Pada
awalnya, dia menolak. Tetapi setelah beberapa kali aku dan Ouma pujuk, dia janji nak
pertimbangkan dan beri kitorang jawapan petang ini".
"Kejap. Awak pujuk Mia? Awak
yang 'PUJUK'?!" Eye memandang Aki hairan seakan-akan tidak percaya.
"Apasal semua orang pandang aku pelik bila aku buat something normal. Abnormal sangat ke aku ini?" Aki mengeluh.
"Baru sedar ke?" kata Eye
sambil tersenyum manis. Sinis juga si Eye ini.
"Oi oi. Bila nak makannya?
Waktu rehat nak habis dah. Aku dah lapar ini," Mikaze yang dari tadi hanya
menjadi silent listener telah
mencelah perbualan antara Aki dan Eye.
"Hahaha... betul juga cakap
Mikaze itu. Berbual boleh lain kali sambung. Lebih baik kita makan sekarang.
Kalau tidak, terseksalah kita untuk sesi pembelajaran seterusnya. Eye, yang bento
ketiga itu awak boleh beri pada Mikaze," arahku. Sebenarnya, aku hendak
lari daripada soalan Aki.
"Oh, ini ke maksud awak yang bento
ketiga awak nak tapi tak nak makan? Heh... Lain macam sahaja bunyi. Special sangat ke Mikaze sampai sanggup
beri makanan sendiri?" Eye memandangku dengan makna mengusik.
"Eye, saya ini perempuan. Saya
tidak makan sebanyak itu. Mustahil saya nak habiskan dua bento yang besar dalam
masa yang sama. Daripada awak buang apabila balik nanti, lebih baik beri kepada
Mikaze yang kelaparan sebab tak ada duit nak beli makanan di kantin".
"Woi, perlu ke sebut aku tak
ada duit?" Mikaze mencelah.
"Habis, awak dekat rumah makan
banyak, boleh pula," Eye memuncungkan mulutnya, tidak menghiraukan
kata-kata Mikaze.
Aku menyiku Eye sebagai tanda
amaran. Harapnya dia sedar bahawa tentang bagaimana aku di rumah atau tentang
personaliti aku yang lagi satu itu perlu dirahsiakan. Akibat disiku, Eye sedar
akan amaranku itu. Dia terus terdiam. Aku pula terus membuka bento yang disediakan untukku dan mula menyuapkan makanan ke dalam mulutkku. Sedap juga ya Kouta-san masak. Ingatkan dia pandai baking sahaja, rupanya boleh masak benda lain juga. Tetapi, kenapa ya? Aku dari tadi berasa tidak sedap hati. Macam... macam ada orang perhatikan aku. Perhatikan aku daripada jauh.
"Sedap gila abang kau masak, Eye! Kalau abang kau itu perempuan, confirm ramai masuk meminang!" kata Mikaze dengan penuh semangat sampaikan pipi dia comot dengan makanan pun dia tidak sedar. Gembira sangat agaknya.
"Antaranya kau la kan?" gurau Aki.
Mereka semua tertawa menyambut gurauan Aki, namun aku hanya tersenyum sahaja. Bukan apa, perasaan tidak sedap hati aku telah menguasai aku. Sejak aku mula makan tadi, suasana di sekeliling semua orang berubah warna. Makin lama, warna-warni dunia telah hilang ditelan dengan warna merah. Aku hanya mendiamkan diri tentang perkara itu. Aku tidak mahu menakutkan diorang dengan apa yang aku nampak dan aku rasa. Entah-entah, diorang fikir aku ini mengambil ubat khayal. Lagipun, banyak sangat benda-benda pelik terjadi dekat aku selepas aku buat hajat dekat kotak muzik ajaib.
"Mia, awak okey tak? Berpeluh semacam sahaja awak ini," soal Eye risau.
"Kena strok haba tak?" Aki juga risau melihat aku yang diam sahaja dari tadi.
"Bahaya itu! Jomlah bawa dia masuk!" Mikaze mula berdiri, sedia untuk menarik aku.
Namun apa yang mereka katakan itu, hanya samar-samar sahaja yang aku dengar. Semakin lama, suara mereka tenggelam bersama warna-warni dunia. Aduh! Apa benda pula yang hendak jadi kali ini?
"Miako," suatu bisikan suara menguasai ruang. Suara itu, suara yang sama membisikku di rumah Eye semalam.
"Miako," bisiknya lagi, seakan-akan memanggil aku. Siapa?
"Sayangku, Miako," bisiknya lagi, cuma kali dia bergelak tawa.
Aku dapat mendengarnya dengan jelas. Dia mengilai dan bergelak tawa. Namun bukan itu yang aku takutkan. Yang aku takutkan adalah kata-katanya selepas itu.
"Sedap gila abang kau masak, Eye! Kalau abang kau itu perempuan, confirm ramai masuk meminang!" kata Mikaze dengan penuh semangat sampaikan pipi dia comot dengan makanan pun dia tidak sedar. Gembira sangat agaknya.
"Antaranya kau la kan?" gurau Aki.
Mereka semua tertawa menyambut gurauan Aki, namun aku hanya tersenyum sahaja. Bukan apa, perasaan tidak sedap hati aku telah menguasai aku. Sejak aku mula makan tadi, suasana di sekeliling semua orang berubah warna. Makin lama, warna-warni dunia telah hilang ditelan dengan warna merah. Aku hanya mendiamkan diri tentang perkara itu. Aku tidak mahu menakutkan diorang dengan apa yang aku nampak dan aku rasa. Entah-entah, diorang fikir aku ini mengambil ubat khayal. Lagipun, banyak sangat benda-benda pelik terjadi dekat aku selepas aku buat hajat dekat kotak muzik ajaib.
"Mia, awak okey tak? Berpeluh semacam sahaja awak ini," soal Eye risau.
"Kena strok haba tak?" Aki juga risau melihat aku yang diam sahaja dari tadi.
"Bahaya itu! Jomlah bawa dia masuk!" Mikaze mula berdiri, sedia untuk menarik aku.
Namun apa yang mereka katakan itu, hanya samar-samar sahaja yang aku dengar. Semakin lama, suara mereka tenggelam bersama warna-warni dunia. Aduh! Apa benda pula yang hendak jadi kali ini?
"Miako," suatu bisikan suara menguasai ruang. Suara itu, suara yang sama membisikku di rumah Eye semalam.
"Miako," bisiknya lagi, seakan-akan memanggil aku. Siapa?
"Sayangku, Miako," bisiknya lagi, cuma kali dia bergelak tawa.
Aku dapat mendengarnya dengan jelas. Dia mengilai dan bergelak tawa. Namun bukan itu yang aku takutkan. Yang aku takutkan adalah kata-katanya selepas itu.
"Perjalanan awak baru sahaja bermula, Miako..."
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Mia, Perjalanan Baru Bermula!, permintaan 4