Permintaan 5:
-Nat-
Siapa Kau, Mia?
"MANA
ADA!! KITORANG TAK BERCINTA!!"
jeritan suara yang aku cukup kenal itu telah mengganggu ketenangan dan
kesenangan aku bersama gadis-gadis comel ini. Belum sempat Yui-chan menyuapkan
telur gulung ke dalam mulutku, jeritan jengkel itu telah menghentikan
tangannya. Atsushi, kau hari ini memang sengaja cari fasal dengan aku ke? Pagi
semalam kau malukan aku, sekarang kau nak musnahkan kebahagiaan aku pula?! Aku
mengerling tajam ke arah bumbung, yang aku yakin, Atsushi berada di situ.
Walaupun dari sini aku tidak nampak
wajah Atsushi, tetapi dari segi susuk tubuh yang sederhana itu, aku pasti itu
adalah Atsushi. Mukanya merah, mungkin kerana cuaca yang panas. Ah! Malas aku
mahu layan. Baik aku sambung layan gadis-gadis comel ini. Dapat juga rasa
keseronokan a.k.a bajet hot. Eh,
salah. Aku memang hot sejak
dilahirkan lagi. Aku tersenyum bangga.
Kejap. Tadi Atsushi jerit 'Kitorang
tak bercinta'... Apa maksud dia? Aku memalingkan kepalaku untuk melihat apa
yang ada di atas bumbung sekolah atau dalam erti kata lain, apa yang sedang
berlaku di bumbung sekolah itu. Aku mengecilkan mataku untuk mengamati siapa
yang berada di bumbung sekolah selain Atsushi.
"Aki...
Eye? Aik? Eye pun sekali ada? Kalau Aki, aku faham lagi kenapa dia lepak dengan
Atsushi tetapi Eye... macam pelik je. Bukannya diorang rapat pun. Eh, siapa
lagi seorang itu? Macam kenal je......"
Cahaya panas terik memancar terang
ke atas mereka. Walaupun begitu, gadis yang tidak dapat aku kenal pasti siapa
orangnya lebih menonjol berbanding dengan tiga orang yang lain berada di situ.
Seolah-olah cahaya matahari memancar lebih ke atasnya. Rambutnya hitam berkilat
mengurai cantik, ditambah pula kulitnya yang cerah. Macam kenal tetapi macam
tidak juga. Aku melihat mereka dari jauh, mereka tersenyum riang dan bergelak
tawa. Melihat mereka sebegitu rupa, teringat pula dahulu, di mana aku, Aki dan
Elin juga selalu meluangkan masa bersama.
Rooftop sekolah memang tempat kegemaran kami untuk berkumpul. Asalnya, aku
dan Aki sahaja yang selalu lepak di atas bumbung itu. Kemudian, kemunculan Elin
dalam hidup kami memeriahkan lagi suasana. Sekarang, setelah Elin lesap tanpa
berita, hanya Aki sahaja yang akan lepak di bumbung sekolah. Aku? Aku cuba
menyibukkan diri bersama perempuan-perempuan yang mahu meluangkan masa dengan
aku.
Entahlah, aku pun tidak tahu kenapa
aku kembali balik hidup seperti kehidupan aku sebelum berkawan dengan Aki. Aku
memang begini sejak dahulu lagi. Selepas aku kenal Aki, aktiviti aku bersama
perempuan-perempuan yang menagih kasih sayang semakin berkurang. Ditambah pula
selepas aku bertemu Elin, aku memang tidak lepak dengan perempuan-perempuan
itu. Ketika itu, aku pernah terfikir mungkin ada baiknya aku berhenti
mempermainkan perasaan orang dan cuba untuk berubah. Ketika itu, mulalah
terfikir aku patut berhenti berfoya-foya. Heh! Harapan palsu sahaja.
Seakan-akan, Elin lesap, harapan itu pun lesap bersama. Kecewa sangat ke hati
aku ini?
Labuhan memori itu terhenti setelah
Yui menggoncangkan bahuku. Aku dapat melihat kerutan risau di dahinya.
Gadis-gadis yang lain juga turut risau melihat aku yang tadi termenung jauh.
Untuk menghilangkan rasa ragu-ragu di hati mereka, aku hanya memberikan
senyuman lalu makan telur gulung yang berada di chopstick Yui. Dengan kelakuan aku yang secara tiba-tiba itu, aku
dapat melihat tercalit warna jambu di pipi Yui. Gadis-gadis yang lain juga
tersenyum lega melihat aku adalah Nat-sama
yang sama yang mereka kenal dahulu. Haih... sampai bila aku akan teruskan
penipuan ini?
Tiba-tiba terdengar sedikit keriuhan
yang datang dari arah bumbung sekolah. Aduh apahal pula kali ini? Aku melihat
ke arah bumbung sekolah itu, dan mereka berempat tidak lagi bergelak tawa atau
bersuka ria. Walaupun aku tidak tahu apa yang terjadi di atas sana, aku dapat
merasakan suasana agak tegang. Mereka semua sedang mengerumuni gadis yang aku
tidak dapat mengenal pasti siapa orangnya. Setiap seorang dari mereka seperti
panik akan sesuatu, manakala gadis itu pula seperti tidak memberi respon kepada
mereka. Seolah-olah ada pendinding antara mereka. Aku dapat melihat Atsushi
mula berdiri dan cuba menarik lembut tangan gadis itu untuk membantu gadis itu
berdiri. Namun, gadis itu rebah semula ke atas lantai. Aku mula risau melihat
keadaan itu. Sakit ke? Seakan-akan ada orang telah paralyze tubuh gadis itu.
"AKI,
MUKA AYASE MAKIN PUCAT!" aku dapat mendengarnya dengan jelas dari
sini, suara panik Atsushi.
Ayase? Macam pernah dengar sahaja
nama itu. Aku mula mengimbas setiap tayangan memori. Ayase.... Ayase.... Miako?
Takkanlah, gadis itu Mia? Tiba-tiba rasa menyampah apabila mengetahui bahawa
gadis itu adalah Mia. Tetapi, sekarang ini, rasa ingin tahu aku melebihi rasa
benci itu. Jangan salah sangka, hakikat aku tidak suka Mia masih lagi ada, cuma
sekarang ini aku lebih berminat hendak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada
mereka, atau lebih tepat lagi, pada Mia. Kenapa dia tidak memberi renspon
langsung?
"Hey,
Nat. Awak ini... okey tak? Awak tak macam selalu la..." kata Yui
dengan wajah bosan. Ini mesti kes sebab aku 'tak berapa nak layan' diorang.
Kalau dia bosan, sekarang pun aku rasa bosan. Sekarang ini aku tidak berapa nak
ada mood untuk layan diorang. Aku
lebih berminat dengan apa yang terjadi pada mereka yang berada di bumbung
sekolah. Aku pun berdiri dari tempat dudukku.
"Eh,
awak nak pergi mana?"
Aku memandang bosan kepada Yui.
"Kalau
kau dah bosan dengan aku, jadi tidak salah untuk aku beredar, bukan? Apa-apa
pun, terima kasih atas makanan yang kau dah sediakan, Yui. Yang lain pun, thanks. Sedap korang masak. Korang akan
jadi isteri yang baik nanti. Ja ne~," Lambaiku lalu
beredar dari situ.
"N-nat,
semua ni bukan apa yang awak fik-"
Aku tahu Yui mahu cuba jelaskan
bahawa dia tidak bosan meluangkan masa bersama aku dengan memberikan dengan
alasan yang lain, tetapi aku hanya teruskan berjalan dan tidak mengendahkan
mereka. Maaflah, aku sudah penat. Penat untuk berlakon. Nat yang sentiasa
tersenyum, layan mana-mana perempuan yang akan datang dan pergi, kononnya gentleman, cool, kacak dan bergaya sebenarnya adalah lelaki yang sentiasa
memakai topeng.
'Topeng'. Teringat dahulu Elin
selalu marah aku. Katanya, aku patut buang topeng itu jauh-jauh dan jadi diri
sendiri. Ya, memang aku ikut apa yang dia katakan. Aku mengaku aku berubah
kerana kau. Aku mengaku aku berubah kerana aku mahu kau pandang aku. Walaupun
aku tahu kau suka Aki, tetapi aku tetap hendak berubah kerana kau. Kerana
ketika itu hati aku berkata aku masih lagi ada harapan. Walaupun hati aku
sakit. Sakit dapat tahu bahawa hati kau hanya ada Aki. Sakit setiap kali
melihat pandangan kau hanya tertumpu pada Aki. Sakit mendengar setiap keluhan
dan luahan kau tentang perasaan pada Aki. Aku hanya mampu melihat kau dari jauh
dengan harapan kau juga pandang aku seperti mana kau pandang dia. Aku hanya
mampu diam dan mendengar setiap keluhan kau. Kalau kau sedih, aku akan
pinjamkan bahu aku untuk kau menangis. Bila aku cakap aku suka kau, kau fikir
aku main-main sebagaimana aku ungkapkan kepada perempuan-perempuan lain. Aku
tahu salah aku, tetapi tidak sedarkah kau? Tidak terfikirkah kau mengapa aku
sentiasa berada di samping kau? Sampai bila? Bagaimana? Bagaimana untuk aku
takluk hati kau?
Elin, kau tahu, bila kau tiba-tiba
menghilang, yang cari kau bagai nak gila adalah aku. Tiga hari aku tidak balik
rumah semata-mata hendak cari kau. Selepas tiga hari tersebut, kalau aku
keseorangan di dalam bilik, kau fikir aku buat apa? Aku pernah menangis sebab
kau, Elin. Setiap malam aku akan berdoa agar kau akan dijumpai. Doa, doa, dan
terus berdoa agar kau dalam keadaan baik sentiasa. Bila sampai semua orang
anggap kau sudah mati, aku akan menafikannya dan terus membina harapan dalam
hati aku yang kau akan kembali. Tetapi, lama-kelamaan... sudah hampir setahun
kau menghilang, Elin. Aku dan Aki telah menjadi pelajar tahun kedua, kau masih
lagi menghilang. Bagaimana aku hendak yakinkan hati aku yang kau akan kembali?
Hati aku sudahlah sakit, kau remukkannya lagi. Maaf, tetapi pilihan yang aku
ambil ialah dengan mengambil kembali topeng yang aku buang. Ya, sudah menjadi
sampah, tetapi aku telah mengutipnya kembali, maka aku juga adalah sampah.
Mungkin dengan menjadi sampah, aku boleh lupakan kau.
AHHHH!!! Semenjak akhir-akhir ini,
aku asyik terfikir pasal Elin sahaja. Kalau terfikir sahaja aku tidak kisah,
tetapi ini sekali dengan perasaan haru-biru! AHHH!!!! Nat! Tolong lupakan
segala masa silam! Tidak ada faedah kalau kau asyik bergantung pada masa lampau!
Aku menampar pipiku beberapa kali. Okey Nat, sekarang ini misi kau adalah pergi
ke rooftop dan lihat apa sebenarnya
yang terjadi. Tetapi... kenapa ya, sejak akhir-akhir ini aku asyik emo sahaja? Tiba-tiba wajah Mia terpapar
dalam minda aku. AHHHHHH!!!!!!!!! Aku menggeleng-gelengkan kepalaku bagi
menghilangkan imej Mia dalam minda aku. Aku tidak kisah apa puncanya, tetapi
bukan perempuan hipokrit itu!
"Miako," satu bisikan bergema di telinga aku.
Kejap. Suara itu... suara Elin! Aku
cuba mencari punca suara tersebut. Aku tidak salah dengar bukan? Tidak! Aku
yakin aku mendengar suara Elin. Aku memalingkan kepalaku ke kiri dan ke kanan,
namun tiada sesiapa di sekeliling aku. Mana kau, Elin?! Aku mempercepatkan
langkahku menaiki tangga ke rooftop.
Entah mengapa, aku yakin punca suara tersebut berasal daripada situ. Apabila
aku dapat melihat pintu di hujung tangga, aku cepat-cepat memulas tombol pintu
dan aku dapat melihat langit yang terbentang luas. Melihat langit yang begitu
cantik, aku rasa nak menangis. Bukan apa, aku teringat akan wajah riang Elin,
Aki yang tersenyum apabila mendengar cerita aku.
"Sayangku, Miako," bisikan Elin telah menyedarkan aku ke dunia
realiti.
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku
untuk menghilangkan imej-imej masa dahulu. Sekarang ini, yang lagi penting, aku
perlu cari Elin. Aku yakin dia ada berdekatan. Kalau... Kalau keajaiban
benar-benar boleh berlaku, maka ketemukanlah aku dengan Elin. Aku toleh ke
kiri, namun tiada sesiapa di situ. Aku toleh ke kanan, dan di situ, aku dapat
melihat mereka berempat. Keadaan masih lagi tegang seperti kali terakhir aku
melihat mereka daripada taman sekolah bersama dengan perempuan-perempuan yang
lain. Aku dapat melihat Aki, Eye dan Atsushi cuba sedaya upaya untuk
menyedarkan Mia, yang matanya masih lagi kaku, tidak berkelip, memandang ke
satu arah, iaitu hujung penghadang rooftop. Mukanya pucat, seakan-akan dia
melihat malaikat maut di hadapannya.
"Perjalanan
awak baru sahaja bermula, Miako..."
bisikan Elin bergema lagi.
Punca suara itu... adalah dari arah
yang sama di mana Mia sedang melihatnya sekarang. Aku menoleh ke arah itu, dan
aku mungkin tidak akan melupakan apa yang aku lihat. Di situ, aku melihat, Elin
tersenyum seakan-akan ketawa. Matanya bukan lagi sebiru langit yang aku kagumi
sebelum ini. Matanya berwarna merah, merah yang menyala seperti gaun vintage yang sedang dipakainya. Setelah
mengungkapkan kata-kata yang aku pasti dituju hanya pada Mia, Elin melangkah
selangkah ke belakang, di mana kakinya yang tadi hanya pada bucu lantai concrete bumbung sekolah dan akhirnya
dia jatuh ke bawah. Mata aku tidak berkelip seperti Mia, melihat dia jatuh
dengan sekelip mata. Perkara terakhir yang aku lihat adalah rambut blondenya hilang dari pandangan. Jika
sebelum ini, aku hanya mendengar khabar angin tentang orang bunuh diri dengan
terjun dari bumbung sekolah di sekolah lain, maka kini aku menyaksikan suatu
peristiwa yang seakan sama. Cuma, kali ini, aku tidak akan gelarkannya 'bunuh
diri'. Ianya lebih... menyeramkan.
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Mia?, Nat, permintaan 5, Siapa Kau