“Mia?” lamunanku terhenti apabila
aku menyedari mereka berdua sedang memandang ke arah aku. Err… Diorang ada
tanya aku apa-apa ke tadi?
“Mia… awak okey ke? Termenung je
dari tadi,” soal Eye, risau.
“Eh, mestilah okey! Dapat duduk
dalam kedai yang banyak kek, macam dalam kayangan je! Hahahahaha…” jawabku
ceria.
“Abang rasa Mia ni penat.
Merayau-rayau dekat tengah malam-malam buta begini confirm penat! Eye, buat lah apa yang patut. Abang pun nak masuk
tidur. Oyasumi,” kata Kouta-san kepada Eye. Kemudian, dia berjalan
menuju ke biliknya.
“Mia, awak masuk dulu bilik awak.
Saya nak ambil baju tidur untuk awak,” kata Eye lalu berlalu pergi ke biliknya.
Aku mengalihkan pandanganku kepada
pintu bilikku. Terdapat ukiran kayu ‘Elin’s
Garden’ pada pintu bilik yang akan menjadi milikku. Aku menyentuh ukiran
kayu untuk meneliti ukiran tersebut satu demi satu ukiran. Hmm… ukiran yang
sangat teliti. Ambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Elin ini… siapa
sebenarnya? Sedang fikiranku melayang memikirkan jawapannya, tanganku masih
meneliti ukiran tersebut. Apabila jariku menyentuh ukiran perkataan ‘Elin’,
sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Otak aku berdenyut. Mata aku tidak
mampu berkelip pada waktu itu. Gambaran-gambaran yang secara tiba-tiba muncul
di hadapan aku berlalu seperti kilat. Seorang perempuan rambut blonde? Lelaki serba hitam? Apa yang aku
lihat ini? Mana pintu bilik tadi? Suara apa yang bercampur aduk ini?! Argh!!
Sakit otak aku! Hentikan! Aku menutup mataku dan menutup kedua-dua telingaku.
“Save me, Miako… Save me…” aku
mendengar suara bisikan seorang perempuan yang membisik jelas ke telingaku. Aku
menoleh ke kiriku namun tidak ada sesiapa di situ.
“… The Red Witch... Search her… You’re my only hope…”
aku mendengar lagi bisikan suara itu. Aku menoleh ke kanan namun tetap sama,
tidak ada sesiapa di situ.
Gambaran-gambaran itu semakin pudar
dan suara yang mengusutkan mindaku semakin menghilang. Sinaran di hadapan
semakin jelas. Akhirnya, aku kembali ke realiti. Tiada lagi gambaran-gambaran
aneh yang bergerak seperti kilat, tiada lagi suara-suara yang bercampur aduk
dan tiada lagi bisikan-bisikan misteri. Aku kini benar-benar berada di realiti.
Aku dapat merasakan kakiku menjejak tanah dan aku dapat merasakan sentuhanku
pada ukiran kayu tersebut.
Badanku berpeluh. Apa yang telah terjadi
sebenarnya? Apa yang berlaku ke atasku tadi? Ish! Sejak aku buat hajat pada
kotak muzik pelik itu, makin banyak benda pelik yang berlaku pada aku.
Aku tidak patut gatal tangan hendak bawa balik benda itu. Memang patut pun
‘aku’ yang lagi satu itu marah pada aku. Itulah, bertindak sebelum berfikir.
Sekarang hendak menyesal pun tidak ada guna.
“Mia, cuba awak pakai baju ini. Muat tak?”
Suara Eye yang menyapaku membuatkan aku terkejut.
“Eh, okey tak ni, Mia? Berpeluh satu badan.
Awak tak sihat ke? Tadi pun awak mengelamun,” soal Eye risau apabila dia
menyedari akan kelakuan pelikku.
“Ta-tak ada apa-apa... Mia okey lah! Meh baju
tu! Nak try! Hehehe…” aku merampas baju itu daripada Eye lalu bergegas masuk ke
dalam bilik ‘Elin’s Garden’ itu. Aku
cepat-cepat mengunci bilik itu. Fuh… Sikit lagi hendak kantoi….. Kejap. Kenapa
aku hendak sorokkan perkara ini daripada Eye? ……………………………………….. Okey, sebab
hidup aku sudah cukup pelik dengan adanya split-personality
yang kononnya sumpahan datuk aku, lepas itu aku hendak cerita dekat dia yang aku
nampak dan dengar benda-benda pelik lepas sentuh nama Elin pada ukiran kayu
itu? Aku yakin dia akan fikir aku gila. Tidak, aku rasa memang aku gila. Hidup
aku selama ini pun macam orang gila, tidak sama seperti remaja yang lain, abnormal.
Aku mengeluh. Aku ingatkan kalau aku masuk
dunia lain, hidup aku akan sama seperti remaja yang lain tetapi nampaknya hidup
aku semakin rumit dan pelik. Oh, tidak! Kenapalah aku minta hendak masuk ke
dunia lain dan bukannya minta hendak kehidupan yang normal seperti orang lain?!
ISH!!!! STRES AKU MACAM INI! Sudahlah! Baik aku tidur dan lupakan semuanya! Aku
yakin esok hari adalah hari yang indah dan ini semua adalah mimpi. Ini semua
mimpi sahaja! Dengar itu Mia! Ini semua mimpi semata-mata!
Aku menukar pakaianku dengan pakaian yang
telah diberikan oleh Eye. Muat-muat sahaja baju ini dengan aku. Sepasang baju
tidur serba merah. Merah? …. The Red Witch…. Itulah yang
dibisikkan pada telingaku tadi. Siapa pula The Red Witch ini? Ish! Lupakan
sahaja hal tadi! Tidak penting pun!
Kedengaran pintu bilikku diketuk. “Mia… muat
tak baju itu?” Soal Eye dari luar.
“Ah, err… y-ya! Muat-muat! Jangan risau lah
Eye! Ahahahaha…” balasku untuk meyakinkan Eye bahawa aku ini okey sahaja.
“Yokatta… Saya takut kalau baju itu
tak muat dengan awak. Yalah, awak kan lagi tinggi daripada saya. ….. Nee,
Mia… Kalau awak ada apa-apa hendak beritahu, jangan segan tau nak
beritahu saya. Saya akan dengar cerita awak. Awak rehatlah dulu ya? Esok hari
sekolah. Mesti awak penat. Oyasumi,” kata Eye. Tidak lama
selepas itu, kedengaran tapak kaki yang seperti berlalu pergi dari luar pintu
bilikku itu.
Baik betul Si Eye ini. Untunglah siapa yang
dapat Eye menjadi isteri. Pandai masak, pandai kemas rumah (mungkin), baik,
penyayang dan pandai jaga orang. Walaupun baru beberapa jam kenal Eye, aku
sudah tahu bahawa Eye sangat baik orangnya. Sangat berbeza dengan aku. Aku…
tidak jujur. Tidak, bukan aku, ‘aku’ yang lagi satu. Dia tidak jujur. Dia tidak
pernah jujur dengan sesiapa, dengan diri sendiri pun tidak pernah. Walaupun dia
lebih wise daripada aku, dia patut
lebih sayangkan diri sendiri daripada sayangkan orang lain. Mungkin itu seperti
mementingkan diri sendiri, tetapi itulah apa yang dia perlukan.
Aku merebahkan badan ke atas katil empuk itu.
Hmmm… memanglah personaliti kami sangat jauh bezanya, tetapi apa yang pasti,
kami berdua, sama-sama pengecut. Ya, pengecut. Kami berdua pengecut. Sangat
pengecut. Aku memeluk kakiku. Kotak muzik pelik, dunia lain, Elin, perempuan
berambut blonde, lelaki serba hitam,
bisikan misteri, The Red Witch dan ‘you’re my only hope’. Dalam sehari
sahaja, hidup aku yang sememangnya tidak pernah normal, bertambah abnormal. Dalam sehari sahaja,
perkara-perkara pelik berlaku. Antara aku salah langkah, atau takdir? Aku…
tidak tahu. Tolong, sesiapa… kejutkan aku daripada mimpi ini.
Aku mengeluh penat lalu melelapkan mata.
------------------------------------------------------------------------------------
Sinaran cahaya matahari daripada
tingkapku mengejutkan aku daripada tidur. Lena betul aku tidur malam tadi. Siap
mimpi pelik-pelik lagi. Entah siapa Nat, Aki, Eye, Kouta dan Elin pun aku tidak
tahu. Aku bangun daripada baringanku dan menggosok mataku. Aku merenung
sekeliling. Aik? Ini bukan bilik aku tetapi macam pernah nampak sahaja suasana
bilik ini. Oh, bilik yang dalam mimpi aku semalam.
… Kejap. Kalau dalam mimpi, apasal
aku boleh ada dekat sini? Aku tidak bangun daripada tidur lagi ke? Aku
menggosokkkan mataku beberapa kali namun masih tetap sama. Aku menampar pipiku
beberapa kali namun sakit sahaja yang aku dapat. Aduh, nampaknya, aku
benar-benar hidup dalam nightmare
itu.
Kedengaran pintu bilik diketuk. “Mia, awak dah bangun?” soal Eye lembut dari luar bilik.
Hahahahahaha….. Aku benar-benar
hidup dalam dunia lain. Aku ingatkan ini semua mimpi ngeri, tetapi rupa-rupanya
satu realiti yang tidak boleh terima logik akal. Aku berjalan ke pintu bilikku
lalu memusing tombolnya. Aku mendapati Eye di hadapanku. Apabila Eye melihatku,
dia tersenyum manis lalu berkata, “Mia-chan, ohaiyo. Dah ready nak ke sekolah?”.
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Mia, Perjalanan Baru Bermula!, permintaan 4