---------------------------------------------------------
Bunyi loceng menandakan bermulanya
waktu rehat. Waktu yang sangat dinanti-nantikan para pelajar. Boleh dikatakan
peratusan pelajar lelaki di dalam kelas ini hanya tinggal 7%. Pelajar lelaki semuanya
telah lenyap, berkejar-kejar ke kafeteria. Pelajar perempuan pula ramai yang
membawa bento sendiri. Aku tidak berapa lapar sebenarnya. Jika aku
lapar pun aku tidak akan mengaku bahawa aku lapar. Melihat duit 500 yen yang
masih tidak digunakan lagi telah membuatkan aku terfikir. Sekiranya aku
menggunakan 300 yen untuk membeli roti di kafeteria, nanti duit ini akan tinggal
lagi 200 yen. 200 yen, apa sahaja yang aku boleh beli?! Lollipop? Heh! Sorry to say, I do not have sweet tooths.
Aku tidak macam Mia yang makan lollipop sudah memadai. Aku sekurang-kurangnya
perlu makan roti walaupun roti itu hanyalah roti kosong.
“Maaf mengganggu, Natsuo ada tak?”
seorang pelajar perempuan dari kelas lain menyapa di hadapan pintu kelas.
Kejap, bukan seorang, tetapi lima
orang pelajar perempuan sedang menunggu di luar kelas! Pergh! Entah berapa
banyak perempuan yang gilakan si Nat itu pun aku tidak tahu. Entah-entah 90%
pelajar perempuan sekolah ini memang tergila-gila akan mamat itu. Mendengar
pertanyaan perempuan itu, Nat yang dari tadi sedang khusyuk berborak dengan
Mikaze menoleh ke arah pintu kelas.
“Oh, Anri-chan! Tunggu kejap, saya
nak kemas barang. Korang pergi la dulu dekat tempat biasa,” kata Nat kepada
pelajar perempuan itu sambil mengemas mejanya yang berselerak.
“Nat, bila kau nak ajak aku merasa bento
diorang? Tak adil la setiap hari kau je yang dapat makan free. Aku pun nak juga,” Mikaze merengek.
“Aku boleh je ajak kau, tetapi aku
tak yakin yang diorang akan bagi kau merasa,” Nat menjelir lidah, mengejek.
“Asal lak?” Mikaze masih tidak
berpuas hati.
“Sebab dari awal lagi bento
itu khas untuk aku.. hehe, maaf ya Atsushi?” Nat ketawa lalu beredar bersama
pelajar-pelajar perempuan tersebut.
“Untung la dapat makanan free,” aku dan Mikaze mendengus serentak.
Menyedari keadaan itu, kami berdua memandang
sesama sendiri. Setelah beberapa saat dalam keadaan yang sama, barulah kami
mula ketawa.
“Tak sangka kau ini jenis yang
memerhati orang, Ayase,” kata Mikaze.
“Tak sangka begitu mendalam cemburu
awak terhadap Nat,” balasku.
“Haha… mana tidaknya, setiap hari
dia dapat layanan istimewa daripada budak-budak perempuan. Aku ini, budak
perempuan pandang pun tak! Lagipun, apa yang aku paling tak puas hati ialah
yang Nat itu anak orang kaya, hidup macam putera raja tetapi dia pula yang
dapat makanan free setiap hari”.
“Wah… sesi luahan yang terkubu di hati,”
gurauku lagi.
Gurauanku disambut dengan tawa
Mikaze. Mikaze ini friendly orangnya.
Tidak macam spoilt prince yang sedang
buat harem
dengan lima orang perempuan.
“Kau tak makan ke, Ayase?”
“Tak, saya tak lapar pun. Awak?”
“Beg duit berhabuk,” kata Mikaze
sambil menunjukkan beg duitnya yang tidak berisi.
Kami berdua ketawa lagi. Namun,
perbualan kami terhenti apabila aku mendengar seseorang sedang memanggil namaku
dari pintu kelas. Aku menoleh ke pintu kelas untuk melihat siapa yang
memanggilku dan mendapati orang itu adalah Eye. Eye melambai riang ke arahku.
Aku dapat melihat bahawa Eye sedang memegang tiga bento. Tanpa membuang
masa, aku berjalan menuju Eye.
“Ada apa, Eye?” soalku.
“Maaflah, saya lambat. Tadi, cikgu
denda saya sebab lambat ke sekolah. Ni ha! Bento awak,” kata Eye sambil
menunjukkan bento tersebut.
“Oh, awak dah sediakan bento
untuk saya?”
“Bukan saya, tetapi Kouta-nii-chan.
Lagipun awak mana ada duit, macam mana nak survive
dekat sekolah kalau tak makan lunch!”
kata Eye dengan cara keibuannya.
“Oh… terima kasih,” balasku dengan
senyuman.
“…........... Kalau awak beri saya senyuman itu
setiap hari, saya boleh jatuh cinta tau!”
“Eye… not you too,” aku mengeluh.
“Eh? Dah ramai ke yang cakap macam
itu dekat awak?”
“Tiga orang termasuk awak”.
“Wow,
not bad for the first day,” Eye ketawa kecil.
“Tak kelakar tau…” (-__-)
Aku mengeluh lagi. Macam-macam hal
diorang ini! Mikaze yang tadi hanya melihatku dari jauh, terpapar pada wajahnya
bahawa dia cemburu melihat aku juga mendapat makanan free. Apabila menyedari bahawa aku juga memandangnya, dia
cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Kesian pula aku tengok.
“Eye, bento ketiga itu untuk
siapa?” jari telunjukku menunjuk ke arah bento tersebut.
“Yang ketiga ini pun awak punya.
Kami tak tahu awak makan banyak mana jadi Kouta-nii-chan buat lebih,” terang
Eye.
“Baguslah,” kataku lega.
“Oh, awak makan banyak la ni?”
“Tak juga,” jawabku ringkas.
“Eh?” aku membiarkan Eye
terpinga-pinga dengan jawapan aku. Aku pergi ke arah Mikaze.
“Jom”.
“Jom? Pergi mana?” soal Mikaze.
“Pergi makan la. Awak lapar kan?”
“Aku kan tengah pokai. Kan aku dah
tunjuk beg duit aku tadi. Apalah kau ni…”
“Pasal duit awak tak payah risau.
Hari ini awak makan free”.
“Haa?”
“Ikut je. Baik cepat sebelum masa
rehat habis,” aku berjalan menuju ke pintu kelas di mana Eye sedang menungguku.
Mikaze tanpa banyak soal, mengikutiku dari belakang.
“Eh? Mikaze-san makan dengan kita
ke?” soal Eye, pelik melihat Mikaze yang berdiri di belakangku.
“Ya, dan kebetulan hari ini dia
dapat makanan free. Jomlah Eye!” aku menarik Eye berlalu pergi manakala Mikaze
pula mengikuti kami berdua dari belakang.
---------------------------------------------------------
Aku memulas tombol pintu dan
membukanya seluas-luasnya. Itu dia! Pentas langit yang membentang luas di
hadapanku. Terasa dunia ini begitu cantik.
“Aku tak faham kenapa rooftop jadi
destinasi kau tengah panas-panas terik macam ini,” Mikaze mengipas-ngipas
dirinya dengan menggunakan tangannya.
“Ala… apa salahnya. Biarlah Mia….
Erk! Ma-maksud saya, biarlah Miako nak tour
sekolah ini. Lagipun, okey je makan dekat sini,” kata Eye, menyokong dengan tindakan
aku.
Aku cuba tidak menghiraukan bebelan
Mikaze. Bebelannya telah membuatku berasa bersalah kerana aku yang ajak dia
makan bersama. Apa guna ajak orang makan tetapi tetamu itu sendiri tidak berasa
selesa. Aku melihat sekeliling, mencari tempat yang agak teduh. Namun, lain
pula yang aku nampak. Aku kenal sangat dengan susuk tubuh yang sedang menyandar
pada pagar berjaring. Rambutnya hitam berkilat beserta beg gitar yang
diletakkan di sebelahnya. Orang itu juga telah mengingatkan aku akan perjanjian
aku dengan ahli Kelab Muzik Ringan. Aku berjanji pada mereka yang aku akan bagi
jawapan kepada mereka pada hari ini.
Badanku mula berpeluh, hati aku
menjadi resah. Bagaimana mahu cakap ya? Hendak dijadikan cerita, aku LANGSUNG tidak
ingat tentang perkara itu. Aki menoleh ke arah aku. Ah… dia sudah sedar
kehadiran aku. Nampaknya, aku perlu menyapa dia. Jika tidak, tiada adab namanya.
“Kebetulan jumpa awak dekat sini,
Aki” aku menyapa dari jauh. Habislah aku. Aku tidak boleh lari lagi!
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Mia, Perjalanan Baru Bermula!, permintaan 4