Aku terpaku. Kedai yang aku telah melangkah
masuk adalah kedai yang dipenuhi dengan pelbagai jenis manisan; kek, muffin,
roti berinti dan pelbagai lagi. Bunyi loceng berlanggaran sesama sendiri
bergema di dalam kedai ini, menandakan gadis cantik tadi telah menutup semula
pintu itu. Haruman pastri menusuk hidungku. Aku masih lagi berdiri kaku.
Sinaran apakah ini? Disneyland
manakah yang kakiku menjejak ini? Aku sedang bermimpikah? Tolong katakan bahawa
ini adalah realiti. Aku tidak sanggup mendengar berita bahawa aku sedang
bermimpi.
“Ini... Tempat ini…” tiba-tiba aku bersuara.
“Selamat datang cik. Silalah pilih apa yang
cik mahu beli,” seorang lelaki berambut blonde
dengan memakai seragam chef pastri menyapa mesra daripada tempat cashier. Rasanya pemilik kedai ini dan
chef pastri yang membuat semua pastri ini.
“Ini… Tempat ini…” aku bersuara lagi.
“Haha, cik perlukan bantuan saya? Saya boleh recommendkan pastri mana yang lazat. Cik
mahu kek atau roti?” soal gadis muda yang menyapaku di pintu tadi.
“Tempat ini adalah PASTRY’S HEAVEN!” aku menjerit keriangan. Kedua-dua tanganku
serentak mengangkat ke atas. Titisan air mata jatuh juga. Jangan salah faham.
Aku terlalu gembira sehinggakan aku menangis. Ini realiti kan? Kan kan kan?!
Tolong katakan ya!
“Err… cik?” gadis cantik itu
memandang pelik akan kelakuan aku.
“Kau! Err… ah tak kisah lah tak tahu
nama! Kau! Kek apa paling sedap dekat sini?!” aku dengan penuh bersemangat
menyoal gadis cantik itu.
“Wah, bersemangatnya!” lelaki
berseragam lengkap chef pastri tertawa kecil melihat gelagatku.
“Eye, tunjukkanlah dia kek itu,”
sambungnya lagi.
Gadis itu mengangguk akur lalu dia
membawa aku ke suatu sudut di mana ada pelbagai jenis kek di situ.
"Buat masa ini, kek yang paling laris ialah Dulce de Leche Cake. Luxuriant moistness is this dessert's calling card. Rahsia untuk mencapai tekstur picisan kek ini adalah dengan mencucuknya dengan pisau semasa ia masih panas, sebelum mencurahkan campuran yang kaya dengan susu supaya ia menembusi setiap bahagian dalam kek itu," terang gadis yang dipanggil Eye. Setelah menerangkan dengan teliti, dia menunjukkan aku kek itu.
"Buat masa ini, kek yang paling laris ialah Dulce de Leche Cake. Luxuriant moistness is this dessert's calling card. Rahsia untuk mencapai tekstur picisan kek ini adalah dengan mencucuknya dengan pisau semasa ia masih panas, sebelum mencurahkan campuran yang kaya dengan susu supaya ia menembusi setiap bahagian dalam kek itu," terang gadis yang dipanggil Eye. Setelah menerangkan dengan teliti, dia menunjukkan aku kek itu.
Kek
itu nampak sangat menyelerakan. Aku hampir terliur ketika melihat struktur kek
itu. Apa lagi, wajib belilah!
“Wah! Mia nak ini! Mia nak ini!” jeritku
keriangan.
“Haha, lawaklah cik ini. Baiklah,
saya akan sediakan kotak sekarang. Cik boleh tunggu di kaunter” balas Eye.
Aku berjalan ke kaunter bayaran.
Wah, rasa macam baru beli kek daripada syurga! Tak sabar nak makan. Sedang fikiranku
berada di awangan, tiba-tiba perutku meragam kuat. Satu kedai bergema dengan
bunyi perutku. Eye yang sedang menyiapkan bungkusanku tadi memandangku, apatah
lagi lelaki berseragam chef pastri lengkap yang berada di hadapanku. Malunya!
“Hehehe! Maaflah! Sejak pagi tadi Mia
memang tak makan apa-apa,” aku masih lagi tersenyum sumbing, cuba untuk
menyorokkan rasa malu.
“Haha! Lawaklah cik ini. Lihat dari
segi seragam sekolah cik ini… cik bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi Ao Sora
kan?” soal lelaki itu.
“Wah, betul tu! Mana encik tahu?!”
“Eye pun bersekolah di situ,” balas
lelaki itu.
“La… ye ke? Mia baru masuk sekolah itu hari
ini. Mia dapat masuk kelas 3-1”.
“Kiranya sama umur dengan Eye lah ini?! Eye
kelas 3-3”.
“Wah, bolehlah jadi kawan Mia,” aku tersenyum
riang.
“Haha!Erm… Cik… tak balik rumah lagi ke? Malam-malam
begini, mesti ibu bapa cik risau,” soal lelaki yang berada di hadapanku.
“Haha! Mia mana ada rumah. Dekat
dunia ini, Mia mana ada rumah!” Aku tertawa kecil.
“Dekat dunia ini?”lelaki itu kelihatan
seperti sangat terkejut. Dia dan Eye berpandangan sesama sendiri, lalu mereka
berdua serentak memandang aku.
“Err… Mia ada salah cakap ke?”
Eye terus melulu ke arah aku lalu
memegang kedua-dua tangan aku.
“Cik… Awak ini daripada dunia lain
ke?” mata Eye merenung ke dalam mataku. Dia… serius.
“…. Ya…?”
Eye kelihatan sangat terkejut.
“Kouta-nii-chan…” Eye memandang
lelaki yang berada di hadapanku dengan wajah serius. Wajah lelaki itu juga
serius. Aduh, aku ada salah cakap ke? Ke diorang anggap aku alien?!
“Jangan risau la… Mia bukan alien
datang nak takluk dunia ni. Hahaha..ha… ha…” gurauku tak disambut. Nampaknya,
aku salah timing.
“Mia, kau datang dunia ini melalui
hajat dengan kotak muzik ke?” soal lelaki itu.
“Ma-macam mana encik tahu?” aku
berasa pelik. Macam mana mereka tahu?
“Kouta-nii-chan,
agak-agak Mia datang daripada dunia yang sama dengan Elin ke?” soal Eye.
“Elin? Siapa?” soalku.
“Elin pun bukan daripada dunia ini.
Dia pun datang sini melalui hajat dengan kotak muzik. Sama seperti keadaan cik
sekarang. Mungkin, cik datang daripada dunia yang sama dengan Elin,” jelas
lelaki itu.
“Bila diingatkan semula, pagi tadi,
Nat ada cakap pada Mia yang dia ada seorang kawan yang bukan daripada dunia
ini. Mungkinkah dia maksudkan Elin?” aku menyoal lagi.
“Nat? Kiranya cik sudah kenal Nat?”
soal Eye.
“Yep. Dialah mamat tak guna yang
paksa orang pergi sekolah!” kataku geram.
“Haha! Maaflah, walaupun
kadang-kadang Nat itu macam pentingkan diri sendiri, tetapi sebenarnya dia
baik je,” jelas Eye.
“Jadi... Elin yang korang maksudkan
ini sekarang di mana? Mungkin Mia boleh tanya dia macam mana nak pulang ke
dunia Mia semula”.
Wajah kedua-dua orang itu berubah.
Ekspresi wajah mereka menjadi sedih. Aku… ada salah cakap lagi ke?
“Ah! Kalau tak tahu tidak mengapa!
Mia boleh cari dia di sekolah. Tahu tak dia kelas mana?”.
“... Sebenarnya... Elin tinggal dengan
kami, tetapi…” Eye menghentikan kata-katanya.
“Tetapi apa?”
“Elin hilang. Tidak ada sesiapa pun
yang tahu dia menghilang ke mana,” Eye memandang ke lantai. Nampaknya, aku
memang salah pilih topik untuk dibualkan.
“Cik Mia, tak ada rumah kan? Nak
tinggal dengan kami? Cik Mia boleh tidur di bilik Elin” soal lelaki yang dipanggil ‘Kouta-nii-chan’ oleh Eye. Aku boleh nampak, dia... sedaya upaya untuk senyum.
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Mia, Perjalanan Baru Bermula!, permintaan 4