“Eh,
tak apalah! Nanti menyusahkan pula,” melihat keadaan yang semakin renggang,
aku terpaksa tolak tawaran Kouta-san. Mulut aku
ini sudahlah tidak bertapis, karang tinggal sebumbung lagi parah aku
ungkit benda-benda yang sensitif. Lainlah kalau ‘aku’ yang lagi satu ini yang take over.
“Tetapi, cik Mia tahu ke nak tidur mana malam ini?” soal Eye.
“Ahahaha…. Mia boleh sahaja tidur
dekat stesen bas itu,” jawabku seakan-akan aku memandang ringan akan masalah ‘saya
tak ada rumah’.
“Baju tukar?” soal Eye lagi.
“Erm… Mia beli baru?” kini jawapanku
tidak begitu yakin.
“Makan dan minum?” soal Eye lagi.
“Mestilah Mia beli!” aku menjawab
riang.
Tiba-tiba Kouta-san menanyakan
soalan cepumas. “Cukup ke duit yang cik Mia ada?”
Alamak! Aku boleh lupa pula yang aku
ada hanya 500 yen sahaja. 500 yen ini kalau aku beli kek ini, duit ini mungkin
hanya tinggal 200 yen sahaja. Kalau mahu beli sepasang baju baru,
sekurang-kurangnya aku perlu ada 1000 yen. Itu pun kalau ada baju yang harganya murah macam itu. Aku berpeluh. Macam mana aku nak jawab soalan Kouta-san
ini?
“Pfffftt…. HAHAHAHAHA!” Tiba-tiba Kouta-san
ketawa besar. Apasal pula ini? Aku dan Eye saling berpandangan, kami
berdua berasa pelik. Apa yang lawak sangat?
“HAHAHAHA! Maaf, hahaha…. Maaf…
Lawaklah cik Mia ini.. aha…” Kouta-san sedaya upaya untuk
berhenti ketawa. Aku ke yang buat lawak selama ini? Tidak perasan pun. Aku tidak cakap apa-apa pun tadi. Lagi bertambah rasa pelik aku.
“Maaf ya cik Mia. Saya baru sahaja
bagi satu soalan cepumas, berpeluh cik Mia satu badan. Cik Mia ini tak pandai
menipu lah. Sudah tahu tak ada rumah, terima sahaja tawaran kami. Kami lagi
suka kalau cik Mia tinggal bersama kami. Lebih ramai lebih meriah. Kan Eye?,” Kouta-san
memandang Eye yang tadinya turut pelik akan tindakan Kouta-san yang tiba-tiba
ketawa. Eye tersenyum lalu mengangguk, tanda setuju akan apa yang diperkatakan
oleh Kouta-san.
Tetapi aku tidak berapa setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Kouta-san.
Tidak pandai menipu? Hello~ Aku sudah
tipu ramai orang sebelum ini. Memang benar kalau nak dibandingkan aku dengan ‘aku’
yang lagi satu, ‘aku’ yang lagi satu lagi hebat menipu. Namun, aku masih lagi
boleh dikategorikan orang yang pandai menipu.
“Tetapi…” aku makin rasa bersalah.
AKU TAKUT KALAU AKU UNGKIT BENDA YANG AKU TAK PATUT UNGKIT!
“Tak ada tapi-tapi lagi, sekarang
ikut saya ke bilik cik Mia,” tanpa menghiraukan ‘tetapi…’ aku, Eye menarik aku
menuju ke pintu belakang kedai. Terdapat papan ‘NO ENTRY’ pada pintu tersebut.
Eye memulas tombol pintu tersebut lalu menarik aku masuk ke dalamnya. Aku terpaku.
Rupa-rupanya, dalam kedai ini bukan sahaja ada pelbagai jenis pastri, malah ada
rumah juga! Rumahnya tidak mewah, tetapi aku dapat rasakan sesiapa yang tinggal
di rumah ini pasti akan berasa bahagia. Aku melihat sekeliling. Terdapat sebuah televisyen, sebuah tikar yang
terbentang luas, sebuah meja kecil, bunga-bunga yang menjadi hiasan, ruang
dapur dan tiga bilik yang bertutup.
“Di sebelah paling kanan itu ialah
bilik abang Kouta, di sebelahnya pula bilik saya dan yang paling akhir ialah
bilik Elin tetapi kini menjadi bilik cik Mia,” jelas Eye pada aku. Aku hanya
mengangguk faham. Kekoknya situasi sekarang ini. Aku tinggal dengan orang yang
aku langsung tidak kenal. Ish! Boleh ke ini?
“Erm… cik Mia… boleh saya panggil
awak, Mia?” soal Eye.
“Mestilah boleh! Mia lagi suka! Cik Mia
macam sudah tua sangat!” jawabku riang. Jawapanku disambut dengan gelak tawa
Eye.
“Nama saya Aomori Rin. Tetapi,
keluarga saya panggil saya Eye. Kouta pula ialah abang saya. Sejak kecil lagi
abang saya yang jaga saya. Sebab itu, kalau awak perasan saya agak rapat dengan
abang saya,” Eye memperkenalkan dirinya.
“Oh… Boleh ke Mia panggil Eye, ‘Eye’?”
“Hahaha… Mestilah boleh. Mia kan dah
jadi keluarga kami juga”.
“Eh? Tetapi kalau check darah Mia, mestilah tak sama dengan
Eye dan Kouta-san. Lagipun ayah dengan ibu Mia lain dengan Eye dan Kouta-san”.
Eye terkedu mendengar jawapanku.
Kemudian barulah dia tertawa besar.
“Ahahahahahahaha! Lawak apa ini
Mia?! Memang lah ibu bapa kita lain, tetapi Mia kan akan tinggal dengan kami
mulai hari ini. Kiranya, Mia sudah menjadi sebahagian keluarga kami secara tidak
langsung. Ini tak ada kena-mengena dengan ibu bapa dan sel darah”.
“Oh… maaflah, Mia memang selalu
begini. Selalu LAMPI. Tetapi, kalau Mia yang lagi satu itu, dia genius. Lain
betul dengan Mia yang ini,” aku turut tertawa.
“Mia yang lagi satu?” Eye mula
pelik.
Alamak, pecah rahsia. Tetapi, aku
kan tinggal serumah dengan diorang. Lama-kelamaan diorang tahu juga nanti.
Lebih baik aku beritahu awal-awal.
“Err… sebenarnya ini rahsia Mia. Eye
janji eh jangan bagitau sesiapa pasal hal ini?”
“Rahsia ke? Okey, saya janji”.
“Hmmm…. Sebenarnya, Mia ada dua personaliti.
Sekarang ini, Eye rasa Mia ini jenis orang yang macam mana?”
“Orang yang macam mana? Saya rasa
Mia pandai buat lawak, periang, tak reti duduk diam, lampi… hehe… macam
budak-budak… tetapi saya baru kenal Mia hari ini, so…. Tak tahulah betul ke tidak,” jelas Eye.
“Yep, betul. Ramai orang kata Mia
ini kebudak-budakan. Tetapi kalau Mia yang lagi satu… dia opposite dengan Mia sekarang”.
“Opposite?”
“Dia lemah lembut, tak macam Mia.
Jerit dan melalak sesuka hati. Dia selalu senyum dan selalu fikir sebelum
bertindak. Mia ini memang bertindak melulu. Payah lah nak fikir itu dan ini.
Mia tak suka! Ramai orang cakap yang Mia lagi satu ini matang dan Mia setuju. Mia 'itu' dan Mia 'kini' adalah orang yang sama tetapi orang yang berbeza juga. Eye tak akan jumpa Mia dekat sekolah nanti.
Eye akan jumpa dengan dia. Eye akan jumpa dengan Mia dekat rumah je… Jadi, Eye
kena kawan dengan dia tau! Sebab, dia bukan macam Mia. Mia ini, kalau tak suka
atau rasa sedih, Mia tunjuk je. Tetapi dia tak akan tunjuk yang dia itu sedih,
tak selesa, tak suka dan apa-apa sahaja. Dia hanya akan senyum sahaja… Sebab
itulah, kalau dia rasa sunyi, hanya Mia sahaja yang tahu,” jelasku.
“Okey….. jadi, panggil dia Mia juga
ke?”
“Boleh je panggil Mia, tetapi Mia
rasa dia lagi suka kalau Eye panggil dia Miako”.
“Roger!” jawab Eye sambil membuat
gaya askar menurut perintah komandernya.
“hahaha! Oh ya, Mia tak perkenalkan
diri lagi. Nama Mia ialah Ayase Miako. Panggil Mia. Mia SUKA SANGAT gula-gula,
kek dan anime! Yoroshiku ne~” aku melakukan bow seperti seorang putera yang meminta si puteri menari dengannya.
Eye hanya tertawa melihat kerenah aku.
“Macam meriah sahaja ruang tamu kita
ini,” Kouta-san menyapa dari belakang.
“Kouta-nii-chan dah tutup
kedai ke?” soal Eye.
“Dah… jangan risaulah”.
“Serius sudah kunci pintu? Kouta-nii-chan
sudahlah pelupa. Jangan jadi macam hari itu. Kouta-nii-chan lupa
hendak tutup pintu. Nasib baik tak ada pencuri masuk”.
“Abang sudah kunci la… Jangan risau.
Lagipun, siapa yang nak rompak kedai yang ada kek sahaja? Tak ada punya…”
“Langkah berjaga-jaga je!" Eye
mendengus geram.
“Mulalah tu nak merajuk. Abang tak
nak pujuk~” usik Kouta-san.
“Ish!! Kouta-nii-chan jahat! Tak
nak kawan lah macam ini. Eye nak kawan dengan Mia je! Heh!” Eye memelukku lalu
menjelir lidah terhadap Kouta-san.
“Hey! Abang potong lidah itu baru
tau!”
Meriah betul rumah ini. Dah lama aku
tidak merasa suasana keluarga yang macam ini. Paling terakhir pun lepas atuk
meninggal dunia. Agak-agak, diorang boleh terima ke orang macam aku ini dalam
keluarga mereka? Aku… nak jadi sebahagian keluarga mereka. Boleh ke?
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Perjalanan Baru Bermula!, permintaan 4