Guru
lelaki yang berkaca mata itu mengerling tajam ke arahku. Berdasarkan
pemerhatian aku pada papan hitam di dalam kelas itu, guru itu mengajar bagi
subjek matematik tambahan. Aduh… Mesti kena bebel atau suruh jawab soalan
matematik tambahan secara tiba-tiba. Selalunya dalam anime atau manga, guru
matematik adalah guru disiplin. Guru disiplin mestilah garang. Ini yang geram
ini! Orang lain yang buat orang lain pula yang kena. Siaplah si Mia bedebah
itu! Disebabkan dia berangan tidak kena masa, aku lambat ke sekolah. Tengoklah!
Aku hendak lenyek-lenyek roh dia nanti.
Suara-suara membisik antara pelajar
telah memecah kesunyian kelas. Mata-mata manusia di dalam kelas tertumpu pada
aku yang masih lagi tidak berganjak dari pintu kelas. Aku dapat rasakan aura
yang tidak baik sekiranya dengan selamba aku melangkah masuk ke dalam kelas
tanpa kebenaran guru tersebut. “Wah… baru masuk
sekolah semalam hari ini sudah cari pasal…”, “Berani gila budak baharu ini,”,
“Habislah budak baharu itu…” dan pelbagai
lagi bisikan-bisikan yang diperkatakan oleh mereka yang aku boleh dengar.
“Ada saya suruh kamu semua bising?”
suara garang itu telah mengembalikan suasana kelas yang sunyi.
Hanya mendengar satu ayat yang terkeluar dari
mulut guru tersebut, aku tahu aku tidak mungkin akan terselamat lagi. Guru itu
kembali memandangku. Great, I’m so dead.
“Saya tidak pernah nampak batang hidung kamu pun
sebelum ini,” soalnya tegas.
“Saya baru sahaja masuk ke sekolah ini semalam,
cikgu,”balasku seakan-akan tenang dengan keadaan tegang itu.
Guru itu tersenyum sinis.
“Hee… budak baru rupanya. Berani juga kamu ya?
Datang lambat ke sekolah, especially
coming late to my class,” guru garang itu kembali merenung tajam.
“Maafkan saya, cikgu”.
“Maaf sahaja? APA ALASAN KAMU DATANG LAMBAT KE
KELAS SAYA?!” Guru itu mula meninggikan suaranya.
Aku diam membisu. Alasan apa yang patut aku
beri? Takkanlah aku mahu cakap, ‘tadi saya yang lagi satu berangan semasa
mandi, sebab itulah saya lambat ke sekolah’? Itu namanya menempah maut! ‘Saya
terbangun lambat’, memang penamparlah jawabnya. ‘Saya tidak jumpa jalan ke
sekolah’, aku tidak rasa dia boleh terima dengan alasan itu.
“Woi budak, kau berani tidak jawab soalan aku?
MANA JAWAPAN KAU?!” Alamak… Dia sudah mula membahasakan diri dia ‘aku’.
Suasana di dalam kelas 3-1 sangat tegang.
Pelajar-pelajar yang lain tidak berani untuk menghasilkan walaupun satu suara.
Mereka hanya mampu melihat drama di hadapan mereka. Aku pula, masih lagi
mendiamkan diri seakan-akan mulutku terkunci. Pandangan mataku pula tepat pada wajah
garang itu. Pelik kenapa aku tidak memandang bawah ke lantai berbanding memandang
pada guru itu? Bukan apa, aku takut nanti dia tengking, “APASAL PANDANG BAWAH?!
PANDANG AKU DAN JAWAB SOALAN AKU!”. Bukankah lebih baik kalau aku pandang
sahaja cikgu itu terus? Namun, itu hanyalah sangkaan aku. Pada masa itu, aku
tidak sedar, bahawa sebenarnya cara aku telah mencabar kemarahan guru tersebut.
“Kau… tidak ada sedikit rasa bersalah kan? Oh…
Aku faham… Kau cuba cabar aku ya? KAU INGAT KAU SIAPA PANDANG AKU MACAM ITU?!”
guru itu naik berang.
Dia mengangkat tangannya, sedia untuk mengena
pada pipiku. Kemudian, dia mula menghayun tangannya dengan sepenuh tenaga. Apa aku
sudah buat?! Aku menutup mataku. Tidak mampu melihat tangan itu mengena pada
pipiku. Merahlah pipi gebu ini nanti. Oh tidak… Tidak!
. . .
(>_<)?
Aik? Lama betul tangan itu hendak
mengena pipi aku. Bukan tadi dia hayun tangan dia macam kilat ke? Aku membuka
mataku. Aku terkejut. Biar betul? Rupa-rupanya Nat sedang memegang tangan guru
itu membuatkan impian guru itu untuk menampar aku terhenti begitu sahaja. Nat
tolong aku?
“Cikgu, orang lelaki tidak boleh
pukul perempuan,” kata Nat sambil tersenyum lembut.
Huh? Habis yang pegang kolar aku
dekat pagar sekolah tadi itu apa? Hish! Ini mesti lakonan acah-acah ‘saya gentleman’. Guru itu agak terkejut
dengan tindakan Nat. Kemudian, guru itu menarik lengannya dari genggaman Nat.
“Kamu dah habis buat duty ke? Kamu pergilah duduk di tempat
kamu. Jangan masuk campur hal saya,” balas guru itu dengan tegas.
“Cikgu, dia ada sebab kenapa dia
datang lambat ke sekolah,” kata Nat lagi.
“Apa maksud kamu?”
“Dia baru sahaja berpindah di bandar
ini, cikgu. Rumah dia pun agak jauh dari sekolah ini. Dia lambat kerana salah
naik tren dan tersesat jalan. Nasib baiklah Aomori-san dari kelas 3-3 terlambat
ke sekolah dan kebetulan terserempak dengan Mia dalam perjalanannya ke sekolah,”
Nat menipu.
“Sekarang saya faham. Jadi, kenapa
kamu tidak menjawab soalan saya?! Kalau kamu jawab soalan saya dari awal, tidak
adalah saya membuang masa hendak marah kamu!” pandangan guru itu tertumpu pada
aku.
“Kalau saya jawab dengan jawapan itu,
cikgu akan percaya ke dengan alasan saya?” soalku balik.
Guru itu terkedu. Betul kan? Aku
sudah agak, kalau aku bagi alasan itu pun, memang cikgu tidak akan percaya
dengan dengan kata-kata aku. Manusia memang begitu. Tidak percaya? Aku beri
satu situasi. Contohnya, ada seorang pelajar difitnah mencuri duit kelas. Apabila
guru kelas menyoal kepada pelajar tersebut, adakah benar dia mencuri duit itu
dan sekiranya dia bercakap benar bahawa dia tidak mencuri duit tersebut, adakah
guru itu akan percaya akan kata-kata pelajar tersebut? Semestinya, tidak. Guru
itu pasti masih meragui jawapan pelajar tersebut walaupun jawapan itu adalah
benar. Satu sahaja cara untuk menghilangkan keraguan seseorang, iaitu dengan mendengar
penjelasan daripada saksi atau orang lain bahawa pelajar itu tidak bersalah.
Dengan itu, keraguan itu hilang dengan serta-merta.
“Apa-apa sahaja la! Baiklah, apa
kata kalau saya buat begini. Saya beri kamu satu soalan dan kamu perlu menjawabnya
dengan jalan kerja. Sekiranya jawapan kamu betul, saya akan maafkan kamu dan saya
akan padamkan rekod buruk kamu pada hari ini. Namun, sekiranya jawapan kamu
salah, sebaliknya pula berlaku. Macam mana? Setuju?”
Padam rekod buruk? Aku tersenyum yakin.
Menarik. Aku mengangguk setuju. Melihat persetujuan aku, Nat berlalu pergi ke mejanya.
Namun, ketika dia berjalan melepasi aku, dia memandang aku dengan senyuman
sinis.
“Bengap,” bisiknya.
Wah, aku tidak faham orang lain tidak perasan
yang dia ini hipokrit. Bengap dia kata? Nampaknya aku tidak ada pilihan lain
selain merosakkan keseronokkan senyuman sinis dia itu. Tengok aku betul-betul
wahai budak hipokrit. Biar aku sedarkan kau yang memandang rendah pada orang
lain itu akan meranapkan diri hebat kau itu sahaja.
“Baiklah. Sebelum saya beri soalan, kamu sudah
belajar bab ini di sekolah lama kamu?” soal guru itu sambil jari telunjuknya
menunjuk pada tajuk bab yang telah ditulis pada papan hitam.
Log? Macam mana hendak kata ya… Nak
diringkaskan cerita, aku sudah habis belajar add math bagi tajuk untuk sekolah menengah tinggi dan sekarang aku
sedang menumpukan belajar calculus di
rumah. Aku mengangguk sekali lagi.
“Bagus. Dengar sini budak! Saya kalau beri
soalan cabaran, saya tidak akan berikan kamu soalan kasihan”.
“Saya faham, cikgu”.
Guru itu menulis dua soalan pada papan hitam.
Selesai menulis soalan, guru itu memberikan aku sebatang kapur dan menyuruh aku
mula menjawab soalan yang telah diberi. Melihat soalan itu, aku tersenyum.
Tanpa
membuang masa, aku menulis jawapan bagi kedua-dua soalan yang telah diberikan.
Selesai menulis jawapan, aku memandang
ke arah guru matematik tambahan itu, dengan sekuntum senyuman, aku berkata, “Saya
telah dimaafkan”.
Aku hanya menjawab kedua-dua soalan
dalam 10 saat sahaja. Guru itu
memandang aku, seakan-akan tidak percaya aku dapat menjawab soalan itu dengan
begitu pantas. Pelajar lain turut terkejut. Aku memandang Nat. Dia juga,
memandang aku, dengan wajah resah. Aku meletakkan kapur di atas meja guru lalu
berjalan pergi ke tempatku. Ketika aku melalui di sebelah Nat, aku membisik;
“Siapa yang bengap?”.
Labels: hanya satu permintaan, karya hana, Mia, Perjalanan Baru Bermula!, permintaan 4